Thursday, 20 September 2012

SYAHID & JIHAD DALAM ISLAM

-SEKADAR BUAT RENUNGAN & PERINGATAN..SYAHID ITU JANJI ALLAH..JANJI ALLAH ITU PASTI & ABADI..ALLAHUAKBAR!-
Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid."

Huraian Hadith:
Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya dari dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya dan berbagai-bagai kesusahan. Malah orang yang terbunuh kerana perkara tersebut, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang-orang kafir.

PS:Jelas dalam huraian di atas, Islam tidak membenarkan umatnya membiarkan Al-Kafirin mencaci maruah Islam, mengapa masih sanggup bersekongkol dengan Al-Kafirin YANG MENGHINA Islam? Allahuakbar!

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List