-TIDAK DAPAT DI NAFIKAN TWEET YANG DI BUAT OLEH SI PENCACAI
NGEH NI MEWAKILI “ISI PERUT” PARTI YANG “TERRACIST” SEKALI DI DUNIA IAITU DAP..MENGAPA
PULA MASIH RAMAI ORANG MELAYU/ISLAM YANG MASIH INGIN BERSEKONGKOL DENGAN
GOLONGAN HAPRAK MACAM DIA NI YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA KASIHI?
ALLAHHUAKBAR!-
Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi
DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem
Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.
Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah
anti-Islam dan anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya
adalah konsisten dengan pendirian partinya.
'Kesilapan' Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada
umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya.
DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan
kaum lain. Ini adalah hakikat yang nampaknya masih ada yang tidak dapat
memahaminya.
Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan
maksima dari segala segi, di negara kita yang tercinta ini. Itu saja.
Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani
isu-isu semasa.
Jika masjid yang disimbah cat oleh anak Cina, ia adalah kenakalan
anak-anak kecil.
Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang menjadi sasaran
yang sama, DAPlah orang yang pertama memprotes dan menjadikan isu
tersebut sebagai isu perkauman yang amat serius.
Bukan kerana DAP prihatin sangat terhadap agama Buddha, Hindu
atau Kristian tetapi kerana DAP ingin mencetuskan permusuhan sesama kaum,
terutamanya membangkitkan kebencian terhadap kaum Melayu dan Islam.
Semuanya dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan
Melayu Islam.
Begitu juga dengan kes wanita Melayu yang dipaksa
berbogel dalam tahanan pihak berkuasa tetapi disangka DAP sebagai wanita Cina.
Riuh rendah DAP memperjuangkan hak wanita tersebut
sehinggalah mereka mendapat tahu identitinya iaitu seorang Melayu, maka DAP pun
diam membisu.
Dan jangan kita lupa bagaimana pemimpin DAP masuk ke
rumah orang Melayu tanpa membuka kasut, konon dalam lawatan 'prihatin' terhadap
rakyat?
Gambar lawatan ini telah pun tersebar luas di internet
dan DAP tidak mampu menafikannya lagi. Jika ini bukan bukti sifat biadap, tidak
hormat dan tidak sensitive terhadap budaya dan agama kaum majoriti di negara
ini, apakah ia?
Nampaknya, dasar tertutup negara nenek moyang mereka
dahulu menjadi akar yang kuat yang membentuk sikap pemimpin dan penyokong DAP.
Dasar tersebut, secara tidak langsung telah membentuk
sikap tidak peduli dan tidak prihatin terhadap segala sesuatu yang tiada kena
mengena dengan diri, keluarga dan kaum mereka.
Oleh itu, pernahkah kita mendengar DAP turut prihatin
dengan nasib rakyat Bosnia, Palestine atau Rohingya?
Pernahkah DAP memperjuangkan atau menunjukkan sensitiviti
terhadap sesuatu isu yang di luar skop politik, iaitu yang tidak memberi
keuntungan kepada kaumnya tetapi atas dasar kemanusiaan semata-mata?
Tidak, kerana DAP tidak pernah ambil peduli terhadap kaum
dan agama lain. Malah, sifat kemanusiaan DAP juga sukar untuk dikesan.
Di Pulau Pinang, DAP sanggup merobohkan kampung, merampas
tanah dan menutup pintu rezeki peniaga-peniaga kecil tanpa berfikir panjang,
semata-mata kerana mereka bukan berbangsa Cina.
Dan ini hanyalah 1% dari sifat kejam DAP yang
ditonjolkan.
Bayangkan jika kuasa berada di tangan mereka sebanyak
50%? atau 80%? atau 100%?
Dengan sikap DAP ini, kita tidak harus terkejut apabila
Ngeh menyatakan yang memprotes penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah
membuang masa dan tenaga.
Jelas, Ngeh hanya berlaku jujur meluahkan rasa hati
sebenar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini dinafikan mereka.
DAP boleh menafi yang kenyataan Ngeh adalah merupakan
cerminan pendirian parti mereka, tetapi rakyat boleh menilai sendiri siapa DAP
dari rekod sejarah parti tersebut.
Sumber: Minda Hijrah
Sumber: Minda Hijrah
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®