-BUKAN SETAKAT
BANGSA, MALAH TINDAK-TANDUK ANWAR JUGA MEMBAYANGKANNYA KESANGGUPAN MENGADAI
MARUAH AGAMA ISLAM DEMI MEMENUHI NAFSU SERAKAHNYA HENDAK MENJADI PERDANA
MENTERI .. TAPI NAMPAKNYA MATI KEEMPUNAN LAH KO BANG ANU .. KEKEKE!-
Sudah
lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan
Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan
menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.
Sebab
musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.
Ini
kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan
Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan
PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.
Tanpa
disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan
Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.
Sasaran
utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah
Sabah.
Salah
satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan
telahpun menyetujuinya.
Tujuan
sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang
asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri
itu.
Ini
kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25
kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian
mereka ke Putrajaya.
Rata-rata
pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa
persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah
berlarutan hampir empat dekad.
Kebanyakan
mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi
warganegara Malaysia.
Mereka
hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara
ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara
seagama.
Malaysia
menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan
kemanusiaan sejak sekian lama.
Golongan
Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama
Islam dengan seikhlas hati.
Jika
senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian,
mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.
Jika
dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada
pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.
Apabila
golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang
dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan
pengaruhnya.
Bagi
Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana
Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan
Melayu dan Islam sekalipun.
BARU BIAN |
Ini jelas
apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian
dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan
Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.
Malah di
Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar
juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui
kerajaan negeri.
Satu lagi
petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah
kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin
Kristian.
Setelah
dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi
Sabah (Star).
Begitu
juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan
Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.
Kesemua
kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat
bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan
Islam di bumi Sabah.
Satu lagi
pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan
PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.
Sementara
itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri
Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan
Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan
Selangor, Elizabeth Wong.
Mereka
seringkali berulang alik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara
pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.
Apabila
sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti
aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian
dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.
Anwar
atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau
mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar
peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
Malah
Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian
memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.
PAS tidak
lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah
jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.
Demi
kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa
Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur.
Sumber: Info
4 The Truth
Anwar mempunyai agenda tersendiri, saya setuju. tapi jangan memainkan sentimen agama di Sabah. Permainan politik menggunakan agama di Sabah sangat2 kurang. Hanya pemimpin luar dari Sabah saja yang kerap memulakan sentimen keagamaan untuk menarik perhatian rakyat Sabah.
ReplyDeleteBah Sabah Bah