-NAJIB
NAK PERGI KE SABAH KER, KE SARAWAK KER, ITU DIA PUNYER PASAL DIA PM MALAYSIA ..
JANGANLAH SI NURUL IZZAH NAK PERTIKAI KENAPA PM SELALU MELAWAT KAWASAN .. SUKATI
DIER LAH! YANG BAPAK KAU PERGI KE SARAWAK NI TABUR FITNAH & JANJI KOSONG NAK RAIH UNDI TU
APA? LAGI TAKDE TELOQ! KEKEKE!-
RASANYA
bukan taraf budak hingusan seperti Nurul Izzah untuk mengandaikan kunjungan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Sabah sebagai “takut”
memandangkan dia baru setahun jagung berkecimpung di dalam dunia politik
tanahair.
Nurul
Izzah masih terlalu mentah untuk menilai sesuatu tindakan para pemimpin
UMNO/BN, khususnya yang berjawatan Perdana Menteri yang jelas tahu maksud
segala percaturan dan gerakan yang dibuatnya.
Memang benar.
Baru-baru ini Datuk Seri Najib ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan BN di
negeri di bawah bayu itu.
Rasanya
tidak ada salahnya tujuan beliau dalam tindakannya berkunjung ke Sabah.
Sebagai
Presiden BN, Datuk Seri Najib berhak dan bertanggungjawab turun padang dan
memantau segala keadaan di negeri tersebut yang baru-baru ini kehilangan dua
orang Ahli Parlimen BN yang bertindak keluar parti dan membelot.
Pada
saya, tindakan ini adalah sama dengan tindakan PAS yang menghantar Naib
Presidennya, Salahuddin Ayub untuk menyelesaikan masalah dalaman Kerajaan PAS
Kedah dan kemudiannya menyaksikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula ke negeri
itu untuk menyelesaikan kemelut itu.
Untuk
menyatakan bahawa Datuk Seri Najib “takut” dengan apa yang berlaku di Sabah,
rasanya itu tidak tepat sama sekali.
Untuk apa
Najib “takut”?
Apakah
hanya kerana pergi memantau keadaan di Sabah dan memperkukuhkan barisan
kepimpinan BN di Sabah maka Najib layak dihukum sebagai “takut”?
Rasanya,
Datuk Seri Najib jelas dengan segala perancangan dan agenda-agenda transformasi
yang bakal dijalankan di Sabah selepas PRU ke-13 nanti dan mungkin kehadirannya
di negeri itu bagi memperjelaskan segala perancangan tersebut.
Selain
itu, sudah tentu kehadiran pemimpin nombor satu BN itu ke negeri itu mampu
meningkatkan lagi semangat para pemimpin di Sabah bagi melakukan persiapan
menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal direncanakan tidak lama lagi.
Pada
pandangan saya, mungkin Nurul Izzah sendiri yang takut dengan kehadiran Perdana
Menteri ke Sabah.
Mungkin
anak sulung Anwar Ibrahim itu tahu bahawa Presiden BN itu mempunyai ciri-ciri
istimewa yang tersendiri dan “sentuhan ajaib” yang mampu merubah kembali
landskap politik yang cuba dipengaruhi unsur jahat Pakatan Haram di Sabah.
Apakah
Nurul Izzah fikir Najib tidak punya maklumat mengenai strategi, isu dan
sentimen yang dimainkan oleh pihak Pakatan Haram untuk meracuni pemikiran
rakyat dan pemimpin di negeri itu?
Untuk
pengetahuan Nurul Izzah, Datuk Seri Najib memiliki kekuatan yang digeruni oleh
ayahnya dan “thinktank” yang dimiliki oleh Perdana Menteri itu sebenarnya
langsung tidak dapat ditandingi oleh Ketua Pembangkang.
Pada
saya, mungkin Najib hadir di Sabah untuk menakut-nakutkan Anwar di Semenanjung.
Masih ingat lagi bagaimana Perak boleh dirampas kembali ke pangkuan BN setelah lebih 11 bulan dirosakkan oleh rejim Nizar Jamaluddin?
Masih ingat lagi bagaimana Perak boleh dirampas kembali ke pangkuan BN setelah lebih 11 bulan dirosakkan oleh rejim Nizar Jamaluddin?
Ketika
itu, senarionya memperlihatkan seorang ADUN BN yang pada mulanya “melompat
masuk” menyertai Pakatan Haram di Perak. Maka bertepuk tangan dan melompat
gembiralah “Papa Nurul Izzah” menerima berita tersebut.
Namun
tidak lama kemudian, ADUN itu tiba-tiba “melompat” kembali ke pangkuan BN Perak
dan “lompatan”nya itu turut sama disertai oleh dua orang ADUN PKR dan seorang
ADUN DAP! Maka ketika itu “terkejut beruk”lah “Papa Nuruk Izzah” dan meraung
sakanlah dia…
Apakah
Nurul Izzah tidak takut peristiwa yang sama akan berlaku di Sabah? Kalau takut,
katakanlah takut…
Pada
saya, Nurul Izzah wajar “tutup mulut” dari terus menyalak bagai budak kecil
yang tidak mendapat kasih sayang dari “papa”nya.
Kalau
benar pun mahu bersuara, sewajarnya Nurul Izzah tanya bapanya mengenai “16
September” yang benar-benar memalukan dia sekeluarga.
Nurul
Izzah perlu menjaga maruah keluarga setelah bapanya begitu teruk mencemar nama
baik ibu, adik dan sanak-saudaranya, khususnya bila segala rahsia-rahsia
“gelap” bapanya itu terbongkar dan menjadi sindiran ramai rakyat Malaysia.
Seperkara
lagi, harapan saya agar Nurul Izzah tolong beritahu bapanya agar jangan takut
untuk menunjukkan jam tangan OMEGA miliknya. Bukan apa…ramai yang teringin
sangat nak tengok jam tangan yang kononnya ada di dalam almari ibunya itu, kan?
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®