Thursday, 16 August 2012

PKR SARAWAK KEHABISAN MODAL-JALANRAYA KUCHING-MIRI PULA DIJADIKAN ISU

-SATU LAGI ISU HAPRAK & TAK RELEVAN DIPERTENGAHKAN KETUA AMK SARAWAK AHMAD NAZIB DI SATOK BARU-BARU INI .. (BUKAN MENGATA, TAPI REALITI) CUBA BANDING KELANTAN (PAS) & SARAWAK (BN)? KESELURUHAN JALANRAYA DISARAWAK JIKA DIGABUNGKAN BOLEH “MENGELILINGI” KELANTAN BEBERAPA KALI, KAN? KEKEKE-
Jarak dari Bandaraya Kuching ke bandar Miri adalah 795 km ataupun lebih kurang 11 1/2 jam perjalanan darat
Nazib agaknya tak buat kajian menyeluruh
Disebabkan tiada lagi modal isu yang hendak diutarakan pemimpin Pakatan Pembangkang, Ahmad Nazib telah memainkan isu jalan raya di Sarawak. Secara terus, Ahmad Nazib mempersoalkan bentuk dan keadaan jalan raya di Sarawak khususnya dari Kuching hingga Miri.

Agaknya sebagai seorang peguam, beliau hanya melihat dari segi dokumentasi dan atas kertas tanpa melaluinya sendiri.

Umum mengetahui bahawa bentuk muka bumi Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia yang mana Sarawak mempunyai banyak sungai dan tanahnya yang lembut. Ini menyukarkan pembinaan jalan raya yang baik kerana memerlukan kos yang tinggi. Sewajarnya kos ini boleh digunakan juga untuk mempertingkatkan pembangunan di kawasan lain yang dirasakan perlu disegerakan.

Highway Utara-Selatan yang ada di Semenanjung Malaysia dibina oleh syarikat swasta dengan kos yang banyak. Melihat kepada faktor tanah, ternyata di Semenanjung Malaysia itu mempunyai banyak banjaran ini membuatkan tanahnya kuat.

Di Sarawak, selain tanahnya lembut, beberapa faktor lain menyebabkan keadaan jalan raya yang kurang baik seperti bergunung-ganang, lori balak dan sebagainya. Apakah jika Pakatan Pembangkang memerintah Sarawak, mereka akan membuat jalan raya dari Kuching hingga ke Miri seperti Hinghway Utara Selatan?

Apa Baru Bian dah capai di kawasannya?

Adalah lebih baik Baru Bian dan Ali Biju yang menang di DUN Ba’kelalan dan DUN Krian membaiki jalan raya di kawasan itu menjadi seperti Highway. Jika kedua-dua kawasan itu sudah mempunyai Highway, baharulah boleh bercakap mengenai Jalan Kuching-Miri.

Sumber: Wira Kenyalang

PS: Setau aku, salah satu daripada aspek dalam konsep yang di ambilkira dalan sesuatu projek pembangunan Negara ini adalah kepentingan serta keperluan masyarakat maka memadailah dengan jalanraya double-carriage Pan-Borneo yang wujud sekarang. Pembinaan jalanraya bertahap highway (empat lorong/dua lorong satu arah) adalah satu pembaziran jika jalanraya sekarang masih boleh menampung kuantiti penggunanya. Sememangnya pembangkang memang menyedari akan realiti ini namun seakan buat-buat tidak tahu dan sengaja menimbulkan isu yang nyata tak relevan.

-UnReportedNews™®



1 comment:

  1. Peruntukan membina Jalanraya Kuching-Miri, Anwar telah alihkan ke Sabah demi kepentiangan kuasa beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden UMNO. Semasa itu beliau menteri kewangan.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List