-SALAH SEORANG DARI PENCERAMAH YANG “BERAKSI” JELAJAH MERDEKA RAKYAT PKR DI LORONG BELAKANG SATOK AHMAD NAZIB KETUA
AMK SARAWAK MUNGKIN TAK BUAT "HOMEWORK" MUNGKIN "GAHIRAH" MELIHAT BANG ANU KOT, TU LAH DIA MEMBUTA TULI ..
KEKEKE-
Isu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
memerintah terlalu lama, lagi sekali aku katakan, suka hati kerajaan
memerintahlah! Ko belajar tinggi-tinggi, ko tak faham erti dan procedure demokrasi
ker?
Dalam PBB Sarawak, sekurangnya kedudukan presiden (ketua
menteri) ada di buka sekiranya ada pencabar namun bagi kedudukan Al-Juburi-pujaan
Nazib dan sekalian “zombie-zombie” PKR dalam entiti PKR sendiri tidak dapat di
pertikaikan .. hei, mengata orang awak yang lebih!!
Dengan menganggap rakyat Sarawak ‘tidak ada maklumat’,
Ahmad Nazib sewenang-wenangnya memainkan isu kepimpinan lama Ketua Menteri
Sarawak. Bagi kebanyakan rakyat Sarawak, kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud dalam
mentadbir Sarawak dilihat dalam bentuk positif yang kini sedang membawa
pembangunan kepada rakyatnya.
Jika dilihat selepas merdeka, Sarawak yang merdeka
menerusi penyertaan dalam Malaysia pada 16 September 1963 hingga kini telah
menampakkan kejayaan dan pembangunan yang pesat. Mengambilalih pemerintahan
daripada Tun Abdul Rahman, Pehin Sri Taib yang berpegang kepada tema politik
pembangunan telah berjaya mengubah landskap Sarawak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2030.
Atas kepimpinan Pehin Sri yang memimpin Sarawak yang
mempunyai sebanyak 48 suku kaum telah berjaya membawa pemimpin PKR seperti Baru
Bian, Nurhanim Mokhsen, Baharuddin Mokhsen dan juga Ahmad Nazib sendiri untuk
belajar dan mengecapi keamanan sejahtera.
Apakah seorang peguambela seperti Ahmad Nazib ini hanya
melihat satu sudut sahaja hingga menidakkan sudut yang lain? Jika benar,
sememangnya Ahmad Nazib ini seorang peguam yang lemah.
Tidakkah Ahmad Nazib melihat kepimpinan Nik Aziz? Karpal
Singh? Mahupun Lim Kit Siang dalam konteks politik Malaysia. Mereka ini juga
pemimpin yang lama dan memegang jawatan yang penting dalam parti dan sudah
kenal sepak terajang dalam politik di Malaysia. Kenapa tidak mempersoalkan
kepimpinan mereka? Apakah disebabkan mereka ini sama aliran politik maka ia
diketepikan!
Nik Aziz umpamanya yang sudah berada dalam PAS lebih 3
dekad dan kini dianggap sebagai ‘hero’ PAS merupakan seorang pemimpin yang
cukup lama dalam politik. Dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dan memegang
jawatan Mursyidul Am PAS yang mana kuasanya melebihi kuasa Presiden PAS
sendiri.
Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang sudah terlibat
dalam DAP dan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengasaskan DAP di
Malaysia menerusi ‘abang’nya PAP di Singapura. Ini termasuk juga Karpal Singh
yang terlibat dalam DAP pada ketika normalnya (belum berkerusi roda) hinggalah
kini berkerusi roda masih juga terlibat dalam DAP dan memegang jawatan penting.
Ahmad Nazib harus belajar daripada kesilapan dan melihat
kepada intipati dan gaya ceramahnya di pentas Jelajah Merdeka Rakyat PKR, masih
banyak lagi yang perlu dipelajari oleh peguam yang lemah itu. Ini kerana banyak
hujahnya itu sebenarnya memerangkap diri dan Pakatan Pembangkang hingga
menyebabkan Anwar Ibrahim yang hadir pada malam itu terus pulang ke hotel
apabila melihat kualiti penceramah atau pembahas daripada Pakatan Pembangkang
Sarawak sangat mendukacitakan.
PS: Sorry, aku baru baik demam panjang ni so aku tak
dapat nak huraikan dengan kemas lagi .. btw terimakasih kat member seodeng aku-
Wira Kenyalang dengan info-info ni, you’re the best!!
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®