Wednesday 8 August 2012

PAS “PAK TURUT” DALAM PAKATAN HARAM!

-“CINTA” PAS TERHADAP DAP MENJANGKAUI KASIH KEPADA RAJA, BANGSA & AGAMA KERANA PAS TIDAK SANGGUP LAGI DI TINGGALKAN DAP SEPERTIMANA PADA TAHUN 2001BILA DAP MENENTANG HUDUD SECARA TERBUKA .. RAMAI PENYOKONG PAS YANG KINI SUDAH MENYEDARI HAKIKAT INI, ANDA BAGAIMANA PULA? KEKEKE!-

Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti.

Umum tahu dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam, anti-Melayu serta Raja-raja.

Oleh itu, jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.

Tetapi,apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu,PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP.

Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal.
.
Dan kemudiannya,pada tahun 2001, DAP mengumumkan keluar dari kerjasama dengan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) atas alasan PAS masih membawa isu hudud dalam kempen mereka.

Perlu diingatkan bahawa DAP yang meninggalkan BA dan bukannya PAS.Ini menunjukkan yang DAP kekal konsisten dan tegas dalam pendiriannya terhadap hudud dan PAS pula sebaliknya.

Sehingga kini,dalam setiap kali konfrontasi,hanya DAP yang mengugut akan keluar pakatan haram tetapi PAS tidak mungkin sekali.

Kerana itu,PAS tidak berani menempelak DAP tetapi hanya mensasarkan Karpal seorang. Harapan PAS agar DAP tidak bertindak meninggalkan mereka terkapa-kapa sekali lagi di dalam pakatan haram.

Walaubagaimanapun,malang bagi PAS kerana lakonan ‘PAS marah DAP’ ini tidak lagi berkesan.

Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari pakatan haram,namun saya pasti ia tidak akan berlaku.

PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan pakatan haram sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini.

Oleh itu,‘marah’ PAS pada Karpal hanya lakonan.Itu hakikat yang sudah diketahui ramai tetapi cuba dinafikan oleh penyokong-penyokong PAS.

PAS sebenarnya kecut perut dengan Karpal.

Walapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun,menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal.

PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian.

PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya.

‘Pertengkaran’ mengenai hudud ini akan dipanjangkan sehingga pilihanraya bagi terus memastikan yang pengundi Melayu tidak mempersoalkan keIslaman PAS.

Ini juga telah dipersetujui oleh DAP bagi mengekalkan sokongan bukan Islam kepada mereka.
Kerana itu, parti tersebut merelakan Karpal dikambing-hitamkan atau dijadikan papan sasar oleh PAS sementara menunggu PRU.

Tetapi,nun di belakang tabir,kisahnya tetap sama antara PAS dengan DAP iaitu DAP kekal konsisten dan tegas menentang hudud,Negara Islam, Melayu dan Raja-raja manakala PAS kekal menjadi pak turut yang setia asalkan berpeluang ke Putrajaya.

Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List