Friday, 10 August 2012

ATLIT SARAWAK SUMBANG PINGAT OLYMPIK UNTUK MALAYSIA

-PANDELELA JUGA MENCIPTA REKOD NEGARA SEBAGAI WANITA PERTAMA MALAYSIA MENYUMBANG PINGAT DALAM SUKAN OLYMPIK SEPANJANG PENYERTAAN MALAYSIA DALAM SUKAN ANTARABANGSA TERSEBUT .. SYABAS LULU!-
(Dari kanan) Pandelela, Chen & Brittany dengan pingat masing-masing
Gadis Bidayuh berasal dari Bau, Pandelela Rinong mengharumkan nama Negeri Sarawak dan Malaysia, setelah berjaya memenangi pingat gangsa (tempat ketiga) dalam acara terjunan wanita individu akhir 10m platform yang di adakan di Pusat Aquatik pada Sukan Olympik London 2012 beberapa jam yang lalu.

Berusia 19-tahun, Pandelela atau lebih mesra dikenali sebagai “Lulu” oleh teman karibnya, telah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada hari Rabu lepas pada peringkat separuh akhir dan kesungguhannya memberi Malaysia harapan baru untuk memperolehi pingat kedua pada Sukan Olimpik London kali ini.

Acara tersebut (berlangsung pada jam 3 pagi, Jumaat waktu Malaysia) berkeputusan pingat emas di menangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata), perak oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata) sementara Pandelela berjaya memenangi pingat gangsa dengan pungutan 359.20 mata.

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas pingat perak berjaya yang disumbangkan oleh Datuk Lee Chong Wei dalam acara akhir badminton perseorangan lelaki apabila tewas dengan Lin Dan dari China dalam rubber-set pada hari Ahad yang lepas, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Olympik Beijing 2008.

Pandelela, yang lahir pada tarikh 2hb March, 1993 mempunyai ketinggian 5'3 ", berat badan 52kg, telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kini sedang menuntut di sebuah Universiti sebenarnya bukan nama yang asing dalam acara terjunan ini terutamanya di rantau Asia dan juga Asia Tenggara.

Beliau mendapat pendedahan pada peringkat antarabangasa seawal tahun 2008 apabila menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing dan pada tahun 2009 pada Sukan Olimpik Belia di Singapura, beliau telah memenangi pingat perak dalam acara sukan aquatic terjunan 10m dan terjunan 3m.


Tahun 2009 juga menyaksikan Pandelela juga berjaya pingat gangsa semasa Kejohanan Akuatik Dunia sementara pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, Pandelela memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam acara yang sukan aquatic terjunan 10m.

Sewaktu Upacara Pembukaan Sukan Olimpik London 2012, Pandelela diberi penghormatan untuk membawa bendera Negara “Jalur Gemilang” untuk Kontinjen Malaysia semasa perarakan seluruh atlit-atlit dari semua negara yang mengambil bahagian dalam salah satu temasya sukan yang terbesar sekali di dunia.

Pandelela, ketika di temuramah AFP sejurus majlis penyerahan pingat menyatakan beliau merasa begitu bangga dan gembira kerana berjaya memenangi sebutir pingat Olympik buat Malaysia.

“Ianya adalah satu penghormatan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang besar bagi Malaysia, saya begitu bangga akan Malaysia. Saya harap Malaysia juga bangga dengan saya,” kata Pandelela lagi.


“Acara sukan terjunan ini bukanlah sukan yang popular (di Malaysia) jika dibandingkan dengan sukan badminton. Saya harap saya dapat menjadi inspirasi buat generasi muda yang lain (untuk berkecimpung dalam acara sukan terjunan ini).”

Selain menambah jumlah kutipan pingat, Pandelela juga mencipta sejarah Malaysia sebagai wanita Malaysia pertama yang berjaya memungut pingat di sepanjang masa Negara menyertai Sukan Olympik sementara pemegang rekod lelaki pertama menyumbang pingat pada sukan yang sama adalah Datuk Lee Chong Wei.

Syabas Lulu, Syabas Sarawak!

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List