-SAYA ORANG PARTI, MAKA TERPULANG KEPADA KEPUTUSAN KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD & PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK UNTUK MENENTUKAN KEDUDUKAN SAYA, TEGAS TIMBALAN SPEAKER DEWAN PARLIMEN & JUGA AHLI PARLIMEN SANTUBONG DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR-
Timbalan Speaker Parlimen Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyangkal desas desus yang beliau tidak dicalonkan semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Santubong dan sebaliknya “dinaikkan pangkat” kepada Speaker penuh dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai spekulasi liar semata-mata.
“Buat masa sekarang, saya masih Ahli Parlimen Santubong, maka apa jua berita angin atau desas desus yang di dengari itu hanyalah spekulasi semata-mata," kata Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong ketika ditanya oleh pemberita.
Beliau ditemui pemberita selepas pemberian program alaun hidup nelayan dan pelancaran Program baikpulih Rumah Nelayan yang diadakan di Dewan Sri Buntal di Kampung Buntal berhampiran bandaraya Kuching siang tadi.
“Dengan ikhlas saya ulangi pendirian saya, saya adalah ahli parti PBB dan sebagai ahli yang setia kepada parti, saya akan akur dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke atas kedudukan saya.”
“Yang paling penting sekali adalah untuk mempertahankan Parlimen Santubong serta mengekalkannya agar terus menjadi kubu kuat BN dan di samping itu, satu lagi aspek yang penting sekiranya saya “digugurkan atau digantikan”, saya harap “pengganti” saya akan bekerja keras dan mendekati diri dengan rakyat Santubong.”
Junaidi bagaimanapun, menegaskan bahawa sokongan terhadapnya dari peringkat atas hingga ke akar umbi dari Santubong masih kukuh dan kuat, tetapi sekali lagi menyerahkan kepada keputusan kedua-dua puncuk pimpinan Ketua Menteri dan Perdana Menteri untuk menentukan kedudukannya.
“Mengenai spekulasi saya dilantik sebagai Speaker penuh, jika ianya betul, tiada sebarang sekatan dalam perlembagaan parlimen yang menyatakan orang yang bukan Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Speaker Parlimen,” tambahnya lagi.
Juga hadir di Majlis tersebut ialah Pemanca Rashidi Junai, Timbalan Pengarah II LKIM Sarawak Ahim Noh, Pengerusi PNK Buntal Ariffin Munir, Pengerusi PNK Satang Biru Bohari Ganti dan Penghulu Kampung Buntal Madali Sah.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®