Sunday 29 July 2012

LIPUTAN INTERNET 100 PERATUS DI SANTUBONG PENGHUJUNG 2013

-RAKYAT HARUS MEMAHAMI AGENDA KERAJAAN MENEKANKAN KEPERLUAN PENGETAHUAN IT IAITU SALAH SATU PERSIAPAN KITA UNTUK MENCAPAI STATUS NEGARA MEMBANGUN & BERPENDAPATANN TINGGI-

PENGGUNAAN IT DENGAN BERHEMAH .. Junaidi menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada salah seorang penerima bersama Noraizee, Rahman dan Drahman pada majlis tersebut
Perkhidmatan liputan internet di seluruh kawasan Parlimen Santubong dijangka akan menjangkau pada tahap 100 peratus sebelum akhir tahun 2013.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dengan  menambah dia merasa begitu optimistik akan mencapai kejayaan tersebut kerana buat masa ini bahawa liputan internet di kawasan Parlimennya adalah lebih dari 90 peratus.

“Pada masa ini, terdapat hanya dua kawasan luar bandar di Santubong iaitu Teluk Serabang dan Teluk Melano yang masih belum ada liputan internet walaubagaipun, saya berkeyakinan masalah ini boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat, selewat-lewatnya akhir tahun hadapan.”

Junaidi yang juga merupakan Timbalan Speaker Parlimen mendedahkan bahawa pada awal tahun ini, beliau telah menulis surat mengenai perkara tersebut kepada kementerian yang berkaitan.

“Dalam surat saya, saya juga telah mencadangkan agar pihak kerajaan atau pihak berkaitan mendirikan beberapa menara telekomunikasi bukan saja di dua kawasan yang tiada liputan internat malah, di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti memunyai liputan internet byang kurang baik atau lemah.”

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian 507 unit komputer riba 1Malaysia kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dari DUN Pantai Damai di diadakan di Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah, Kuching pada hari Sabtu yang lepas.

Terdahulu dalam ucapan perasmian beliau, Junaidi mengingatkan penerima komputer riba agar tidak mengguna-pakai lagi anggapan yang “internet dan teknologi” hanyalah untuk generasi muda sahaja kerana ianya mungkin terlambat buat generasi yang tua mempelajari pengetahuan IT ini.

“Kami mesti padamkan pemikiran lapok sebegini kerana dalam era yang baru ini,  persepsi itu adalah tidak relevan lagi jika dibandingkan dengan awal tahun 90-an semasa computer mula diperkenalkan kerana pengunaan computer pada masa kini amat begitu luas.”

“Kini, komputer dan internet adalah hanya alat semata-mata untuk memudahkan perkerjaan atau tugas kita dengan lebih mudah maka keseluruhan generasi rakyat, baik yang muda ataupun yang  berusia seharusnya mengambil segala peluang untuk mempelajari ilmu IT ini.”

Junaidi menjelaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak menyedari bertapa pentingnya pengetahuan IT ini telah bertekad untuk memperlengkapkan semua golongan masyarakat.

“Kerajaan BN telah menyarankan, setiap rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan IT tanpa mengira tua atau muda, miskin mahupun kaya atau miskin,” tambahnya lagi.

“Salah satu daripada objektif utama kerajaan BN mengagihkan komputer riba 1Malaysia ini kepada semua golongan masyarakyat, baik mereka yang tinggal di bandar mahupun luarbandar agar rakyat Malaysia tidak akan ketinggalan dalam mempelajari pengetahuan IT,” tambahnya lagi.

“Rakyat seharusnya memahami motif dan agenda kerajaan yang begitu perihatin menekankan pengetahuan IT iaitu hanya untuk satu sebab-untuk rakyat itu sendiri, dalam usaha kita mempersiapkan diri untuk melangkah ke hadapan mencapai status Negara maju dan berpendapatan tinggi.”

“Oleh itu, saya dengan ikhlas menyeru kepada semua rakyat, khususnya mereka dari kawasan Santubong dan Sarawak amnya, untuk terus memberi kerjasama sepenuhnya dan sokongan padu kepada kerajaan BN yang sediaada untuk merealisasikan wawasan ini,” kata Junaidi lagi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai Drahman Jeladin dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak Noraizee IndriS.

-UnReportedNews™®




No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List