-SYABAS RBF ONLINE .. KEKEKE!-
Exco
kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa tewas di tangan blogger apabila kes samannya
terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad ditolak Mahkamah Tinggi Kota Bharu
apabila Naib Presiden PAS itu gagal membuktikan Mohd Faisal adalah blogger RBF
(Ruang Bicara Faisal).
Faisal
ketika bercakap dengan Kickdefella hari ini membina azam baru, dia mahu bersama
Kickdefella dan rakan-rakan media sosial di Kelantan untuk menentang
kemungkaran terutamanya yang menyelebungi aktiviti-aktiviti Husam Musa.
Pada
Oktober 2009, Husam pernah meminta Kickdefella menjejaki seorang pemuda bernama
Mohd Faisal Bin Rohban Ahmad.
Bahkan
pada satu malam Husam telah mengarahkan Kickdefella pergi ke sebuah rumah
berdekatan Jalan Kebun Sultan pada jam hampir sebelas malam dengan menyamar
sebagai pegawai kebajikan untuk mendapat maklumat mengenai pemuda itu.
Tidak
cukup dengan itu,Husam juga telah menghantar ‘orangnya’ di Hospital Kota Bharu
untuk menjejaki dan mengintip arwah ayah Mohd Faisal yang ketika itu terlantar
sakit.
“Sebelum
ini penyokong-penyokong Husam menghukum saya lebih awal dalam laman facebook
mereka berdasarkan laporan harakahdaily.net sedangkan mahkamah masih belum
membuat sebarang keputusan yang mengatakan saya adalah pemilik blog
ruangbiacarafaisal,” kata Faisal.
"Saya
pun belum memberikan keterangan di mahkamah ketika itu. Blog tersebut pun bukan
milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban
Ahmad dan hari ini Mahkamah telah buat keputusannya.
Pada 23
Oktober lalu harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog
sedangkan itu salah,” tambah Faisal.
Mohd Faisal
sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas
Harakahdaily dan Sinar Harian.
Pada Disember 2011, Husam mengemukakan saman
terhadap Mohd Faisal yang didakwa menulis artikel berunsur fitnah terhadapnya
dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun
Balak Kelantan RM15 juta.”
Dalam
saman itu Husam menuntut Mohd Faisal memohon maaf secara bertulis tanpa syarat
kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf
dalam akhbar harian utama serta membayar ganti rugi sebanyak RM500,000. – AIDC
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®