Saturday, 17 December 2011

TUDUHAN KE ATAS TAIB SEBENARNYA KONSPIRASI JAHAT PEMBANGKANG

TUDUHAN YANG SAMA PERNAH IN DILEMPAR SEBELUM PILIHAN NEGERI SARAWAK YANG LEPAS, KINI DIULANGI SEMULA MENJELANG PILIHANRAYA UMUM 
SAYA MEMANG TAK ADA AKUAN BANK DI SWISS, NAK BUAT MACAM MANA, SELAR TAIB
WALAUPUN Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud membuat penafian terbuka mempunyai "harta tersembunyi" di akaun Bank Swiss beberapa bulan yang lalu namun beberapa NGO tempatan serta asing membuat dakwaan yang sama dan yang terbaru, menuduh Taib serta keluarganya terlibat dalam melakukan penipuan besar-besaran, kecurian, rasuah, menyalahi undang-undang pembahagian tanah dan penyalahgunaan jawatan awam.


Dalam perkembangan terbaru ini, NGO-NGO tersebut begitu berani dan KURANG AJAR meminta Kerajaan Malaysia untuk menahan Taib & 13 ahli keluarga beliau!! Siapakah NGO-NGO ini untuk membuat permohonan sedemikian? Mengapa mereka begitu "sibuk" tentang Sarawak? Apakah negara mereka sendiri "terlalu sempurna" sehingga mereka mempunyai kelebihan masa untuk "menyibuk" ke dalam urusan negara orang lain? Atau mereka sebenarnya "dibayar" untuk sengaja "menyibuk" atau akan mendapat "sesuatu ganjaran" dengan menjadi "penyibuk"?

Jika anda masih ingat, serangan intensif secara terbuka seumpama in ke atas perkara yang sama itu telah dilancarkan oleh NGO-NGO yang sama pada sekitar awal tahun ini di mana Sarawak ketika itu di ambang pada Pilihan Raya Undangan Negeri.

Taib "membersihkan tuduhan" apabila membuat penafian terbuka semasa sesi pertama Dewan Undangan Negeri pada awal tahun ini dan kini, ia seolah-olah seperti satu "dejevu" (peristiwa ulangan) sekali lagi ketika Malaysia hampir dengan Pilihan Raya Umum.

Yang nyata, Sarawak telah menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihanraya umum maka sebab itulah pembangkang akan berbuat apa-apa saja untuk menyingkir Taib, yang selama ini telah menjadi pemangkin dan nadi BN Sarawak agar tetap bersatu.

"Dakwaan bermotifkan politik" ini ditambah dengan beberapa percubaan untuk "membeli" blogger pro-BN dari Sarawak baru-baru ini untuk menyertai "mereka" sebenarnya satu muslihat dan konspirasi jahat yang di rancang oleh pembangkang dan "rakan-rakan asing mereka" untuk mengganggu-gugatkan sokongan rakyat terhadap BN, terutamanya dalam Negeri ini dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List