Friday 25 November 2011

HO LENG YANG "REMEH" DI GESA AGAR DAPAT MAKLUMAT TEPAT

-TAIB-SCORE secara realitinya mampu menawarkan 58,200 peluang pekerjaan baru menjelang 2015-


Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud naik berang terhadap Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) yang mendakwa 100,000 keluarga Dayak terpaksa berhijrah kerana kerajaan negeri telah gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan sehinggakan mereka sanggup berhijrah ke Semenanjung Malaysia.

Tegasnya, pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) secara realitinya mampu menawarkan 58,200 peluang pekerjaan baru menjelang 2015 atau secra purata 11,600 setahun bagi tempoh lima tahun.

"Saya tidak akan membiarkan kamu mencelah..dapatkan maklumat dengan tepat dahulu..kamu terlalu remeh," herdik Taib kepada Ho Leng pada hari terakhir sidang DUN pada hari Rabu yang lepas.

Katanya, ketika ini terdapat 9,400 pekerja terbabit dalam fasa awal pembangunan SCORE di Taman Teknologi Tinggi Samalaju, Bintulu dengan 98.9 peratus daripadanya diisi oleh warga tempatan.

"Dari mana pembangkang mendapat fakta salah berkenaan, jika terdapat ratusan ribu berhijrah ke Lembah Klang atau ke Johor, kerajaan negeri pasti sudah tahu kerana ia sesuatu yang serius.

"Terdapat kira-kira 700,000 kaum Dayak di negeri ini dengan hanya segelintir mereka bekerja di Semenanjung, dakwaan pembangkang hanya mahu merendahkan usaha kerajaan negeri membawa Sarawak ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Pehin Sri Taib yang juga Menteri Kewangan sekali lagi menegaskan jika dakwaan itu benar ini bermakna terdapat kira-kira 250,000 anak Sarawak di luar negeri ini dengan anggaran setiap keluarga mempunyai lima anak.

"SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN KAMU MENCELAH..DAPATKAN MAKLUMAT DENGAN TEPAT DAHULU..KAMU TERLALU REMEH."

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List