Wednesday 3 September 2014

AWAS! SSKM KINI DALAM PEMERHATIAN POLIS!


Kerajaan telahpun mula mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Syukri berkata PDRM pada masa ini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan yang disifatkan mampu menggugat keamanan dan kestabilan khususnya di kedua-dua negeri itu.

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana secara eksklusif menerusi perbualan talipon tengahari tadi berkaitan tindakan yang telah di ambil oleh pihak berkuasa terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. 

"Pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat berhubung dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa sebagai "Sarawak dan Sabah Keluar Malaysia" (SSKM) yang dianggap mampu menggugat keamanan di negeri Sabah dan Sarawak."

Ditanya apakah bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kumpulan pemisah ini, Nancy berkata, kerajaan terpaksa  melihat apakah kesalahan yang dilakukan (mereka) namun kes boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu menerusi akaun Twitternya memberi amaran kepada pihak tertentu yang mengadakan kempen di Sabah yang bertujuan untuk memporak-perandakan negara ini dan mereka dalam perhatian polis. 

Difahamkan, sejak kebelakangan ini, beberapa pihak begitu galak dan secara terbuka menerusi media sosial telah cuba menghasut pelayar-pelayar media sosial agar Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List