Tuesday 18 February 2014

SUKAN: ATLET TAEKWANDO SARAWAK RAIH 10 PINGAT DI BANGKOK

-DALAM PERSIAPAN BAGI SUKMA DI PERLIS, MEREKA BERTARUNG DALAM PERSAINGAN SENGIT YANG TELAH MELIBATKAN PENYERTAAN LEBIH DARI 100 PESERTA HANDALAN!-

Para atlet Sarawak yang kini menjalani latihan di Thailand sebagai persiapan bagi Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis, meraih dua pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada Kejohanan Taekwondo Sekolah Bangkok di Thailand baru-baru ini.

Pasukan itu yang diketuai pengerusi teknikal Persatuan Taekwondo Sarawak (PTNS) Tan Check Joon dan jurulatih taekwondo Sarawak bagi Sukma Kochphoom Nimmit gembira dengan pencapaian para atlet semasa kejohanan dua hari itu.

"Saya berpuas hati dengan persembahan atlet-atlet kita memandangkan kejohanan itu menyaksikan persaingan sengit dan mencabar kerana disertai lebih 100 peserta handalan," kata presiden PTNS Mohd Salleh Sani, Selasa.

Atlet Sarawak yang membolot pingat emas ialah Dayang Farhanah Abang Sazali dan Audrey Nu Alexander Mula manakala Mohd Amirul, Marena Tee, Leslie Kong dan Wong Siew Pheng meraih perak.

Gangsa pula diperoleh Tie Ton Siong, Cynthia Li, Enzo Scifo dan Virtlam Umpau. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List