Tuesday 21 January 2014

FAKTA MENGAPA ANWAR IBRAHIM DINAFIKAN MASUK KE JEPUN!

-TERNYATA BESAR BETUL KEMALUAN ANWAR IBRAHIM KALI INI! ANWAR BEKAS BANDUAN & MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI NEGARA JEPUN, MANA-MANA BEKAS BANDUAN PERLU ADA VISA UNTUK MEMASUKI JEPUN! APALAH NUAR BRAHIM NI? KEKEKE!!!-

Isu ini sebenarnya mudah saja, tapi jadi riuh tak tentu pasal gara-gara Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang gopoh cuba hendak salahkan kerajaan. Sebaliknya perkara ini jika diperhalusi memang terang-terang boleh buat orang ketawa dengan kegopohan bos Pakatan Rakyat itu.

Ceritanya begini... Jepun sejak tahun lepas menghapuskan visa untuk rakyat Malaysia ke negara itu. Namun ada syaratnya, untuk bekas banduan...mereka yang berkenaan tetap kena minta Surat Kebenaran Khas untuk ke sana.

Ini yang mungkin Anwar tak faham. Beliau lupa status dirinya bekas banduan dan oleh kerana itu jika nak masuk ke Jepun, masih wajib kena dapat kebenaran khas itu.

Sebelum ini, beliau pernah masuk Jepun tahun 2006, 2009, 2012. Ketika itu visa masih diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang hendak ke sana.

Kali ini, ketika visa dihapuskan, Anwar tidak minta kebenaran khas itu.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur Selasa.

Menurutnya Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun bila sampai di Lapangan Terbang Narita ,Tokyo pagi Ahad lalu kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.

Jelasnya, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," katanya.

Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Anwar berkata beliau dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.

SEMENTARA ITU, Agendadaily menerima email dari 'individu yang arif' mengenai undang-undnag imigresen Jepun tetapi minta identitinya dirahsiakan. Kami siarkan sepenuhnya penjelasan individu tersebut seperti dibawah.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon Surat Kebenaran Khas untuk memasuki negara Jepun.

Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: 

CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA.

Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga yang merupakan bekas banduan.-AgendaDaily 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List