Friday 14 June 2013

ISU POLITIK NEGARA ASAL PUNCA PERGADUHAN MELIBATKAN EMPAT KEMATIAN!

-TUJUH LAPORAN POLIS BERKAITAN DENGAN PERGADUHAN-PERGADUHAN TERSEBUT DI LEMBAH KELANG & TIDAK MELIBATKAN WARGA TEMPATAN! KALO NAK CARI MAKAN KAT SINI, ELOK-ELOK LAH, JANGAN LAH NAK CARIK PASAL! KEKEKE!!!-

Beberapa pergaduhan melibatkan warga Myanmar yang dilaporkan di Lembah Klang baru-baru ini adalah disebabkan isu politik di negara mereka dan tidak melibatkan rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ang dilaorkan Bernama sebagai berkata, seramai 257,000 warga Myanmar bekerja di Malaysia ketika ini dengan lebih separuh daripada mereka merupakan pekerja tanpa izin dan pastinya mempunyai masalah di kalangan mereka.

Beliau berkata, tujuh laporan polis dibuat mengenai pergaduhan antara pekerja Myanmar di Lembah Klang tahun ini, melibatkan empat kematian dan polis telah melakukan terbaik dalam mencegah daripada berlaku pertumpahan darah.

"Dua Pasar Borong Selayang dan Jinjang di Selangor hampir dikuasai warga Myanmar. Mereka diletakkan di situ oleh peniaga tempatan dan mereka (warga Myanmar) telah memonopoli perniagaan di sana," katanya.

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Myanmar, U Zin Yaw dan Timbalan Menteri Buruh, Guna Tenaga dan Keselamatan Sosial Myanmar Daw Win Maw Tun, di pejabatnya di sini, Khamis.

Wan Junaidi juga menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengambil tindakan tegas terhadap warga Myanmar yang tinggal melebihi tempoh di Malaysia.

"Jika mereka bekerja secara sah, kita mengalu-alukan mereka untuk bekerja diMalaysia dan membantu untuk membangunkan negara kita," katanya.

Sementara itu Zin Yaw berkata, beliau berpuas hati dengan cara pihak berkuasa Malaysia mengendalikan pergaduhan itu dan berjanji untuk bekerjasama membantu menyelesaikan isu tersebut.

"Kami benar-benar gembira dengan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List