-ANWAR IBRAHIM & SEMUA PEMIMPIN TERTINGGI PR LAIN PASTI TERLOPONG TERNGANGA BILA MENDENGAR BUTIRAN MANIFESTO BN PRU-13 YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMALAM BUKAN SAJA DISAKSIKAN LEBIH DARI 50,000 ORANG YANG HADIR DI PUTRA STADIUM, BUKIT JALIL MALAH BERJUTA-JUTA RAKYAT DI SELURUH MALAYSIA MENONTON PEMGUMUMAN TERSEBUT YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI SETIAP STESYEN TV UTAMA! KLASS LAH PAK JIB! ADA PERPATAH MENGATAKAN, IMPAK DARI APA SAJA BENTUK PENIPUAN ATAU PEMBOHONGAN AKAN DIRASAI SI PENIPU ATAU PEMBOHONG TERSEBUT, MUNGKIN BUKAN SEKARANG, BESOK MUNGKIN DALAM MASA LIMA TAHUN KOT? (HABIS PENGGAL?) KEKEKE!!!-
Tak dapat aku bayangkan bagaimana sadisnya keadaan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR)nya yang lain yang pastinya kini mula merasa kesal yang terhingga yang mula menular perlahan-lahan meresapi di setiap ruang hati mereka kerana dalam "keghairahan" meraih undi sewaktu berkempen PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu, mereka telah terlalu banyak membohongi, menebar janji-janji kosong dan kelentong kepada rakyat.
Sehingga kini, walaupun hampir lima tahun sudah berlalu, segala janji-janji atau dengan lebih tepat lagi-manifesto pilihanraya PR tidak pernah diperkotakan dan bukan saja tiada langsung usaha-usaha PR untuk mengkotakan janji-janji mereka malahan salah seorang dari pemimpin PR (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) tanpa segan silu cuba berdalih dengan menegaskan "manifesto pilihanraya bukanlah janji tapi sekadar syor" berikutan dengan tindakan sebilangan besar rakyat Selangor yang sudah muak dan bangkit secara beramai-ramai menuntut segala janji-janji PR kepada mereka pada PRU-12 yang lalu (2008) sehinggakan terdapat juga beberapa kes berkaitan telahpun dibawa ke peringkat muka pengadilan dan tindakan undang-undang.

Tapi apa yang aku begitu pastikan telah terjadi tepat jam 8.30 malam pada 9 malam (6hb April 2013) adalah Anwar Ibrahim yang sudah sekian menanti duduk terpaku di hadapan peti televisyen sejak jam 6 petang tadi terkelu dengan keadaan mulutnya ternganga luas melopong dan seandainya ketika itu beliau sedang menghirup secawan kopi, pasti tersembur keluar minuman tersebut menyimbah Kak Wan atau "sesiapa saja" disebelahnya sebaik saja dia menatap wajah Najib disaat beliau yang mula menghuraikan dengan secara jelas dan terperinci satu demi persatu butiran pada Manifesto BN PRU-13 menerusi siaran secara langsung tersebut.

Mungkin Najib mahukan rakyat mempunyai "masa yang secukupnya" untuk membuat penilaian sebenar secara logik, rasional dan realiti ke atas sesuatu yang "agak mustahil" (apa jua manifesto cipitaan PR menewaskan Manifesto BN PRU-13) untuk dicapai berdasarkan dengan kemampuan kerajaan yang sedia ada ataupun (Manifesto BN PRU-13) sesuatu yang walauenpun segalanya agak sederhana tapi ianya berpijak di bumi nyata berdasarkan fakta kukuh bertepatan dengan kemampuan kerajaan sebenar tapi satu yang pasti adalah, Manifesto BN PRU-13 bukanlah satu perkakas untuk mendapatkan populariti atau meraih "sokongan sementara" tapi ianya adalah segala perancangan yang akan BN implimentasikan jika mendapat kembali mandat rakyat Malaysia dan berdasarkan "track-record" BN setelah menjadi kerajaan selama ebih dari 50-tahun, setiap janji BN pasti akan ditepati!

Berbalik kepada Anwar dan kroni-kroninya, mungkin kini mereka betul-betul merasa kesal yang tak sudah dan mengetuk kepala mereka sendiri kerana sikap mereka yang dengan "hentam-kromo" saja menebar janji-janji palsu sewaktu PRU-12 (2008) dulu untuk meraih sokongan rakyat walaupun pada hakikatnya, bukan sahaja PR tiada berkemampuan untuk menunaikan segala janji-janji yang telah mereka beri malah juga, ianya agak tidak mustahil buat PR, terutamana Anwar Ibrahim yang begitu terkenal dengan kelebihannya yang licik menarik hati rakyat dengan mempergunakan apa saja unsur (termasuk berbohong dan menipu) sebenarnya tiada perancangan langsung untuk mengimplimentasikan segala janji-janji tersebut yang hanya dicipta sekadar buat mengumpan mangsa-mangsa mereka saja.
Pastinya kumpulan think-tank Anwar kini sedang memerah kepala hotak mereka sepenuh masa untuk mencetuskan sesuatu "muslihat" yang baru, yang jauh lebih "bombastic" dari Manifesto BN PRU-13 namun jika difikir-fikiran secara logik, PR boleh mengeluarkan manifeto baru yang mengandungi program seakan BR1M tapi dengan nlilai yang jauh tinggi, RM2,000 atau RM3,000 berbanding dengan Program BR1M BN iaitu hanya RM500 namun persoalannya kini, adakah wujudnya golongan rakyat yang "rela" akan ditipu lagi dengan sewenang-wenangnya oleh PR seperti yang terjadi pada PRU-12 tahun 2008 yang lalu menggunakan taktik yang sama iaitu manifesto yang sememangnya tidak akan dilaksanakan atau ditunaikan.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®