Wednesday, 7 November 2012

NURUL IZZAH NAK TUKAR AGAMA?

-KENYATAAN NURUL MENYENTUH ISU MURTAD & BOLEH MENGUGAT AKIDAH, SELAR IBRAHIM ALI-
Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai ‘budak mentah’ dalam bidang politik dan tidak memahami Islam secara menyeluruh.

Dakwanya sepatutnya Nurul Izzah mengkaji secara terperinci sebelum membuat sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh menggugat akidah.

“Apabila Nurul Izzah menyebut orang Melayu juga patut diberi kebebasan yang sama, boleh bertukar agama, jadi ini sudah berkaitan dengan pandangan isu murtad,”katanya.

Ibrahim yang juga Presiden PERKASA bertanya Nurul Izzah apakah agama yang dipilihnya setelah beliau membuat kenyataan tersebut.

“Saya nak tanya dia (Izzah)….dia buat kenyataan ini, dia nak masuk agama apa ? Dia sendiri nak masuk agama apa?,”soalnya.

Ps: Inilah buktinya bahawa pemimpin Pakatan ni bercakap tak guna otak. Diorang ni bercakap tak pernah nak fikir dulu. 

Bila dah kena hentam, sibuk la nak ambik tindakan dan sebagainya. Persoalannya sekarang, berani tak dia nak jawab soalan yang dia ajukan oleh Tok Him ni? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!

Sumber: Semut Hitam

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List