-BUKTI SUARAM ADALAH PEMBANGKANG TIDAK SUKAR UNTUK
DIKEMUKAKAN KERANA RAMAI ANGGOTA PKR & DAP YANG MENGANGGOTAI SUARAM..PATUTLAH!-
SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam
keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas
dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.
Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak
menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan
negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang
kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.
Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu
dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan
DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak
bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.
SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang
bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja
hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan
agama Islam dan budaya Melayu.
Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali
apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang
kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah
Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana
kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari
Malaysia.
Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana
Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai
penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana
meminta sebahagian dari rasuah terbabit.
Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan
cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.
Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri
sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari
ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM
dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.
Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan
pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan
penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat
Malaysia.
Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam
kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam
dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.
Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu
proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis.
Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke
mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.
Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini
tidak sukar untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan
pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir
menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka
akhir-akhir ini.
Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk
dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan
kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam
pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:
1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’
dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling
Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.
2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP
3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang,
Petaling
4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.
5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.
6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.
7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis
Malaysia
8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia
9. Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang
adalah ADUN PKR di Selangor
10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan
rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas
Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.
Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana
Menteri dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah
berlaku dalam pembelian scorpene.
Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak
sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang
matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.
Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung
teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai
rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.
Sumber: AIDC
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®