Saturday, 25 August 2012

BUNUH WARGA SARAWAK?

-ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MEMBUKA AKAUN FACEBOOK DENGAN NAMA "BUNUH WARGA SARAWAK KAT SEMENANJUNG" .. NYATA SATU NIAT BURUK UNTUK MEMPROVOKASIKAN KEDUA PIHAK BERKENAAN .. JANGAN MUDAH TERPEDAYA .. KEPADA SI PEMEGANG AKAUN TERSEBUT – MUKA KO DIAT DOLOK!! KEKEKE-

Aduh-aduh-aduh .. walaupun belum puas bercuti berhari raya selama seminggu (dari menulis di blog maupun di suratkhabar seperti yang di rancangkan), aku terpaksa mengingkari niat tersebut selepas membaca satu posting yang di “tag” kepadaku. Terimakasih kepada sahabat yang mengambil berat dan meng“tag”kan aku dengan posting tersebut.

Bagi aku, niat orang yang membuka akaun tersebut hanya satu dan tiada niat yang lain iaitu “jahat”!, dan dia cuba memprovokasikan kedua belah pihak- baik warga Sarawak mahupun warga Semenanjung, yakni rakyat Malaysia!

Biarpun apa motif yang terselindung dengan membuka akaun tersebut, baik untuk politik atau pun niat yang lain, aku, yang mewakili jutaan rakyat Malaysia yang lain yang cintakan kedamaian dan harmoni di antara Sarawak dan Semenanjung mengecam perbuatan mereka! Usah bermain dengan api!!

Satu laporan polis mengenai “Akaun Facebook” initelah di buat orang seorang warga Sarawak yang tinggal di Selangor semalam kerana bimbangkan keselamatan. Bagi aku, biarkan saja, semakin di layan manusia yang seakan tiada kerja ini semakin syok sendiri kerana di beri perhatian.

So, kepada kedua pihak berkenaan, jangan mudah di provokasi oleh manusia/haiwan/jin yang berniat jahat macam tu. Fikir secara rasional. Salam & Selamat Hari Raya.

PS: Aku mengaji lebih 10 tahun di Semenanjung tak ada pun masaalah, tambahan lagi adik ipar aku orang Semenanjung. Pada pandangan aku Sarawak kah, Sabah kah mahu pun Semenanjung sama saja, semuanya 1Malaysia, yang pentingnya, di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.

*Muka ko diat (Tengok muka engkau lah)

-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List