-DI SEBALIK RAMALAN PRU KE-13 YANG TERUS MELESET .. KEKEKE!-
Pembangkang
sejak dua tahun lalu terus meramal, bila PRU-13 bakal diadakan. Anwar sendiri
dengan penuh yakin meramalkan bahawa tarikh itu adalah Ogos, 2011.
Ramalan-ramalan
tarikh PRU-13 terus menerus dibuat oleh pihak pembangkang, malah mereka cukup
yakin selepas PRN Sarawak, April tahun lalu.
Ramalan
menggunakan angka, kononnya Najib gemar pada angka 11, maka diramal bahawa
PRU-13 akan jatuh pada 11-11-2011 (triple eleven).
Sebelum
masa yang ditetapkan mereka itu, mereka cukup yakin bahwa Najib akan membubarkan
dewan rakyat sesuai dengan ramalan mereka; pihak pembangkang pula mengugut,
mereka tidak akan membubarkan DUN pada negeri-negeri yang mereka kuasai,
melainkan jika pembubaran itu berlaku selepas September, 2011.
Namun,
apabila semua ramalan-ramalan pembangkang termasuk Anwar sendiri meleset 100
peratus, maka mereka terpaksa membuat dakwaan baru, kononnya Najib pula TAKUT
mengadakan pilihanraya lebih awal, kerana KURANG yakin.
Pihak
pembangkang, menukar tune, bahawa kelambatan PRU-13 adalah satu kemenangan
MORAL kepada mereka.
Sebenarnya,
mereka lupa, bahawa setiap Perdana Menteri di negara ini memanggil pilihanraya
umum, apabila telah genap empat tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.
Najib
dilantik pada April, 2009 sebagai perdana Menteri; ertinya pada Mac, 2013 baru
genap 4 tahun.
Penggal Dewan Rakyat kali ini akan tamat pada Mei, 2013. Kalau
mahu meramal, maka ramallah tarikh PRU-13 bermula pada Mac, 2013.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®