Sunday 22 July 2012

PANGGILAN TERAKHIR BUAT IBU DARI KHUZAIMAH

“Mummy, tolong, tolong,” itulah kata-kata terakhir Siti Khuzaimah Annuar, 27, apabila menghubungi ibunya sebelum helikopter dinaikinya bersama tiga yang lain terhempas, pagi kelmarin.

Sebaik jeritan meminta tolong sebanyak dua kali dan sebelum sempat ibunya membalas, talian terus terputus, dipercayai akibat helikopter terhempas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga di Bahagian Sri Aman.

Hashimah Fadzli, 51, yang panik selepas panggilan anaknya terputus, cuba menghubunginya semula namun gagal, sebelum bersama keluarganya bergegas ke Pejabat Sebiro Holdings di Simpang Tiga, di mana Siti Khuzaimah di tempatkan oleh syarikat konsultantnya  dalam satu usahasama projek sekolah, untuk mendapat kepastian mengenai apa yang berlaku.

Dalam pada itu, juruukur bahan yang memanggil ibunya dengan panggilan mummy, dikatakan berkelakuan aneh apabila meninggalkan sekeping gambar kepada ibunya sebelum keluar rumah jam 7 pagi kelmarin.

Anak sulung daripada tiga beradik yang baru pertama kali menaiki helikopter dan sepatutnya pulang pada petang sama, dikatakan meminta ibu menyimpan gambarnya sehingga menghairankan Hashimah.

Anggota keluarganya yang ditemui di kediaman mangsa di Lorong Haji Babel, Jalan Semaring di sini, semalam, mengesahkan perkara berkenaan.

Hashimah dan suaminya, Annuar Musaddad Razali, 53, bersama ahli keluarga lain berada di jeti Sebuyau ketika mayat Siti Khuzaimah ditemui semalam.

Mayat Siti Khuzaimah ditemui di perairan Kampung Triso-Pulau Burung jam 9.15 pagi semalam dan tiba di Jeti Sebuyau jam 11 pagi.

Allahyarhamah Siti Khuzaimah adalah lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan baru dua tahun setengah menyertai sebuah syarikat konsultant sebagai jurukualiti bahan dan dia di"attached"kan dengan  Sebiro Holdings dalam satu usahasama projek sekolah.

Allahyarhamah bertunang dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Faithullah Ali, 27, pada 1 Januari lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan Disember ini.

Kedua-dua ibu bapa mangsa enggan ditemui media kerana terlalu sedih.

Difahamkan, Allahyarhamah Siti Khuzaimah juga meluahkan rasa takut untuk menaiki helikopter kepada seorang lagi mangsa, Peter Ato Mayau, 53, (jurutera kanan), namun Peter Ato yang sudah biasa menaiki helikopter memberitahunya supaya jangan risau.


Mayat terakhir mangsa helikopter terhempas tersebut iaitu Henry Loh, 43, di temui di persisiran telok Triso di Sri Aman oleh seorang nelayan yang kemudiannya menghunbungi mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat dan mencari pada jam 7.40 pagi tadi.



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List