-KINI SUDAH HAMPIR 24JAM INSIDEN INI TERJADI NAMUN MASIH
TIADA BERITA-
MASIH BERHARAP: Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam. — Gambar Bernama |
Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga
lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih
hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di
muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.
Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas
pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja
syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.
Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera,
53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan
dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah
di tempat dituju.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad
berkata, Rko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan
jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang
terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.
“Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian
heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah
teknikal,” kata-nya kepada pemberita.
Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga
lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan
Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Gerakan mencari dan me-nyelamat dihentikan pada jam 7
malam tadi dan diteruskan pagi ini.
Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut
mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh
para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.
Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan
Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita
gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.
Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau
sen-diri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi
semalam.
“Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak
bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata Agnes yang mempunyai tiga
anak berusia antara 25 dan 18 tahun.
Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau
menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan
terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada orang hantar.
Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan
memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.
Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat
(PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang
Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang.
Sumber: Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®