Thursday, 19 July 2012

JANGAN POLITIKKAN AIR SELANGOR

-TERUK BETULLAH PKR NI .. KRISIS AIR SELANGOR SAMPAI JADIKAN RAKYAT MANGSA PERCATURAN POLITIK .. KEKEKE!-


Kepimpinan Kerajaan Selangor tidak harus menjadikan krisis air yang melanda negeri itu sebagai modal politik  ketika suasana pilihan raya semakin hampir sehingga mengenepikan kepentingan rakyat.

Exco Wanita UMNO, Datuk Norhayati Tan Sri Onn, bekalan air adalah keperluan utama dan perkara sebegini tidak harus dipolitikkan kerana bukan sahaja akan menimbulkan kesulitan kepada rakyat malah boleh merencatkan pembangunan di negeri berkenaan.

“Semakin hampir dengan pilihan raya, kerajaan Selangor  cuba menggunakan isu masalah bekalan air sebagai modal politik mereka, dalam pada itu mereka turut menuding jari kepada kerajaan pusat yang menjadi punca kepada kemelut itu.

“Kerajaan pusat tidak harus dipersalahkan dalam perkara ini, kerana beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah berkenanan termasuk cadangan pembinaan Projek Rawatan Air Langat 2.

“Tetapi sehingga kini kerajaan negeri berdolak-dalik berhubung isu berkenaan sehingga tidak membenarkan projek berkenaan dilaksanakan, ini semua adalah bermotifkan politik sehingga sanggup mengadaikan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Selangor mengingatkan kerajaan negeri supaya akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

“Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menghormati titah Sultan dan tidak menjadi masalah yang berlaku untuk kepentingan politik kerana yang bakal menerima kesannya dalah rakyat kerana ia adalah air adalah keperluan asas.

“Keadaan di Selangor semakin meruncing dan menimbulkan keresahan kepada rakyat, perkara ini perlu diselesaikan segera dan jangan dibiarkan berlarutan hanya disebebkan pemikiran sempit politik pembangkang yang mempergunakan keperitan rakyat sebagai modal mereka,” katanya.

Menurutnya, isu air ini perlu diselesaikan dengan segera dan duduk semeja dengan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah berkenaan bukannya menegakkan keegoaan yang akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

- Gerakan Prihatin Rakyat Selangor

Sumber: Sahabat Gunung


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List