Sunday 22 July 2012

ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU

-TAK DAPAT DIBAYANGKAN BAGAIMANA PERASAAN KELUARGA SITI KHUZAIMAH ANWAR PADA HARI PERTAMA BERPUASA APABILA MENGETAHUI MAYAT KHUZAIMAH TELAH DITEMUI-

Pertama, sekali admin blog rasmi Parlimen Santubong ingin menyampaikan salam takziah daripada Ahli Parlimen Santubong yang juga merangkap Timbalan Speaker Dewan Parlimen Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Santubong kepada keluarga Allahyarhamah Siti Khuzaimah Anwar di atas pemergian ahli keluarga mereka.

Kejadian di mana sebuah helikopter EC 120 milik syarikat Sebiro Holdings yang membawa empat orang penumpang termasuk Allahyarhamah Siti Khuzaiman terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi Khamis lepas pasti merentap jiwa keluarganya.

Sehingga kini, cuma dua mayat; Siti Khuzaimah dan Peter Ato Mayau telah di temui sementara seorang arkitek, Henry Lo yang juga dikhuatiri lemas belum di temui.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, namun apa yang kami mampu katakan kepada keluarga Allahyarhamah hanya bersabarlah dan berserah kerana ini ketentuanNYA.

ALLAH lebih menyayangi Siti Khuzaimah Anwar dan apa yang mampu kita lakukan kini adalah mendoakan agar Allahyarhamah akan di tempatkan disisi golongan-golongan mereka yang beriman.

Berbanyaklah beristirfar dan bersedekah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Al-Fatihah.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List