Monday 25 April 2016

PKR Tipu DAP - Lim Guan Eng

 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa DAP telah ditipu oleh PKR dalam pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.
 
"Saya amat kecewa dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak .. jika satu kerusi, kita boleh memahami, kita boleh cuba untuk ketepikannya,
 
"Tetapi lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya? Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
 
Lim, yang dipetik di MalaysiaKini sebagai berkata, PKR tidak memberi komitmen ntuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
 
Tindakan DAP dan PKR berebut kerusi sama akan mengelirukan rakyat dimana kedua parti pembangkang itu akan menghadapi satu sama lain di Mulu, Kedap, Bukit Simunja, Batu Kitang, Senadin, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum. -UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Ha, ha, ha. Penipu tuduh dia kena tipu!! Memang perangai Dap yang sentiasa menuduh orang lain atas kejahatan yang dia lakukan. Dulu Dap caci maki Hj Hadi dan Pas lepas tu tuduh mangsa mencaci Dap.Sekarang Dap tuduh PKR pula sedangkan Daplah yang merebut kerusi2 PKR di Sarawak. Diharap pengundi2 Sarawak tolak parti penipu ini.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List