Tuesday 27 November 2012

JANJI DITEPATI-KEBAJIKAN BEKAS PEKERJA SANMINA DIBELA

-SIKAP INITIATIF & PROAKTIF JABATAN KEBAJIKAN SARAWAK PERLU DI CONTOHI KERANA MENGAMBILKIRA KEBAJIKAN KELUARGA BEKAS PEKERJA YANG DI PECAT..PEMBANGKANG ADA? KEKEKE!!!-

Nasib bekas pekerja Sanmina-CSI Corporation (M) Sendirian Berhad yang diberhentikan secara mengejut terbela apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) hari ini mengambil inisiatif memberi bantuan segera.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, bantuan segera diberikan kepada bekas pekerja ini berikutan keadaan mereka yang putus punca pendapatan sebelum memperoleh pekerjaan baru.

“Bantuan persekolahan RM500 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah dan RM300 diberikan kepada bekas pekerja ini hanya pada kali ini sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perjumpaan bekas pekerja Sanmina-CSI dengan pIhaknya di Wisma Kebajikan dan turut menyampaikan bantuan segera kepada mereka.
Fatimah menambah, anak bekas pekerja itu akan didaftar dibawah skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan sekiranya layak, mereka akan menerima RM100 hingga RM450 setiap bulan namun akan dinilai selepas setahun kemudian.
“Kita juga memberikan bantuan keperluan asas untuk setiap keluarga dan kaunter pendaftaran e-kasih dibuka untuk menyimpan data mereka,” ujarnya.
Selain itu, agensi lain turut terlibat sama dalam usaha membela nasib bekas pekerja Sanmina-CSI seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang mengadakan program ‘job-matching’ sebagai usaha membantu pekerja berkenaan di Padawan baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bekas pekerja ini, James Jalai merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak JKMNS atas bantuan berkenaan.

Semalam, seramai 643 bekas pekerja Sanmina hadir pada sesi bantuan segera semalam dan sekira ada pertanyaan mengenai program ini, mereka boleh menghubungi no talipon : 082-448534 Jabatan Kebajikan Sarawak (masa pejabat).
Hadir sama, Setiausaha JKMNS, Rodziah Morshidi, Pengarah JKMNS, Noriah Haji Amat, Pegawai Daerah Kuching, Mahri Sarpawi dan Pegawai JTK, Barnabas Ahjan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List