Saturday, 27 October 2012

KRONISME DALAM PAKATAN


Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) layak amalkan budaya kronisme dalam stail kepimpinan parti masing-masing dakwa laman suarapakatanrakyat.com, ini kerana kewujudan ‘dinasti-dinasti’ oleh keluarga tertentu dalam PR hanya isu sementara.

“Biar penulis jelaskan secara terus terang, memang amalan kronisme dan nepotisme itu memang wujud seperti yang banyak disebutkan, tapi semua itu hanya sementara menunggu BN tumbang dan Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

“Selepas itu, semuanya akan kembali seperti normal,” dakwanya.


Laman suarapakatanrakyat.com memberi respon terhadap laman stopthelies.my yang menerbitkan gambarajah tentang amalan kronisme dalam parti-parti PR.

Dalam gambarajah stopthelies.my, laman itu menunjukkan PKR diperintah oleh dinasti Anwar yang terdiri daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden).

Dinasti Lim pula menguasai DAP. Mentor DAP adalah Lim Kit Siang, diwarisi kepada anaknya, Lim Guan Eng untuk memegang jawatan paling penting dalam parti, Setiausaha Agung, jawatan yang pernah disandang oleh bapanya sebelum ini.

Isteri Guan Eng, Betty Chew pula menjadi first lady kerajaan Pulau Pinang, selain mengekalkan jawatannya sebagai ADUN DAP di Kota Laksamana, Melaka.


Seorang lagi anak Lim Kit Siang, Lim Yua Yin dicalonkan menjadi ahli jawatankuasa DAP dan dijangka bakal memainkan peranan penting dalam parti itu pada masa hadapan.
Selain dinasti Lim, dinasti Karpal dan dinasti Nga-Ngeh juga turut menguasai DAP.

Karpal Singh yang merupakan Penasihat DAP telah mewarisi kepimpinan kepada anak-anaknya, iaitu Gobind Singh Deo dan Japdeep Singh Deo bertanding dan menguasai parti.
Dinasti Nga-Ngeh pula menguasai DAP Perak, di mana Ngeh Koo Ham menjadi pengerusi DAP Perak manakala sepupunya, Nga Kor Ming dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP Perak.

Manakala dalam PAS pula, anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh sudah melangkah ke hireki kepimpinan parti itu apabila dipilih menjadi timbalan ketua Pemuda parti.

Sumber: AAKJ

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Salam perjuangan .. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List