Tuesday, 17 September 2013

KERAJAAN HARAMKAM MANA-MANA PIHAK IKTIRAF CHIN PENG SEBAGAI WIRA!

-TIADA SEBAB MENGAPA CHIN PENG DIANGKAT SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN SEBALIKNYA, DIA HARUS KEKAL DI ANGGAP SEBAGAI KETUA PENGGANAS YANG MELAKUKAN BANYAK KEGANASAN TERHADAP ORANG AWAM, TENTERA & POLIS SEWAKTU DARURAT! HANYA ORANG YANG BUTA SEJARAH SAHAJA YANG BOLEH MENGGAMBARKAN BAPAK KOMUNIS INI SEBAGAI WIRA! KEKEKE!!!-

Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana kumpulan untuk mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua komunis yang meninggal dunia pada Isnin sepatutnya kekal dianggap sebagai seorang ketua pengganas.

"Dia mungkin mati, tetapi keganasan yang dilakukannya terhadap tentera, polis dan orang awam semasa Darurat tidak akan dilupakan.

"Kerana dia, ramai tentera dan polis terbunuh, isteri-isteri mangsa jadi janda dan anak-anak jadi yatim piatu," katanya ketika dihubungi di Melbourne.

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata adalah ironik Chin Peng meninggal dunia pada sambutan Hari Malaysia ke-50.

"Perjuangannya ke atas penjajah British bukan untuk menuntut kemerdekaan tetapi lebih kepada perjuangan menentang kapitalisme dengan harapan mewujudkan penjajahan baru," katanya.

Sanusi berharap ahli sejarah akan menulis versi yang betul mengenai apa sebenarnya yang berlaku dari awal pemberontakan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut bertegas bahawa mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini.

Beliau berkata Chin Peng merupakan seorang pengkhianat yang menjejaskan kedaulatan negara.

"Kematiannya tidak akan pernah dianggap sebagai satu kerugian berikutan pengkhianatan dan keganasan yang dilakukannya pada suatu ketika dulu.

"Dia dan pengganas PKM telah melakukan kekejaman, membunuh ribuan tentera, anggota keselamatan dan orang awam," katanya.

Hishamuddin berkata, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak bersetuju dengan permintaan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia di saat dia jatuh sakit.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunaku Jaafar berkata Chin Peng tidak pernah dikurniakan kerakyatan Malaysia di bawah perjanjian Kemerdekaan 1957.

"Dia patut dikebumikan di tempat dia meninggal," katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®