Tuesday, 17 September 2013

CUBAAN SARAWAK REPORT MENGAIBKAN MENTERI MUDA HAL EHWAL ISLAM SARAWAK?

-MENGAPA BERITA YANG KONONNYA "PENYALAHGUNAAN DANA BAITULMAL SARAWAK BERKENAAN PEMBANGUNAN KOMPLEX ISLAM SARAWAK" SENGAJA DIKELUAR PADA HARI YANG SAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG MERASMIKAN BANGUNAN TERSEBUT? NAK SABOTAJ DATUK DAUD KER? PLEASE CHECK YOUR FACTS FIRST! KEKEKE!!!-

Sekali lagi Sarawak Report cuba memberi gambaran buruk terhadap pemimpin Melayu/Islam Sarawak melalui penulisannya "How The Baitulmal Chief Raided Sarawak’s Islamic Fund – EXCLUSIVE EXPOSE" dan kali ini menggambarkan projek-projek mega "diserah" begitu saja syarikat-syarikat yang kepunyaan pemimpin negeri dan dalam perkara ini; Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman.

Siasatan awal UnReportedNews™® mendapati syarikat Eastbourne memanglah kepunyaan Datuk Daud, tapi Eastbourne telah mendapatkan kontrak tersebut secara sah melalui proses tender terbuka namun tuduhan Sarawak Report mengenai Eastbourne mendapat projek secara terus daripada Tabung Baitulmal Sarawak amatlah mengelirukan!

Eastbourne mempunyai lesen kontrator kelas A dan seperti mana-mana syarikat yang lain, mereka layak untuk menghantar tender untuk mendapatkan kontrak tersebut. Eastbourne bersaing secara sihat untuk mendapatkan tender berkenaan dan menang. Apakah Sarawak Report sakit hati apabila tender tersebut dimenangi oleh syarikat kepunyaan orang Islam/Melayu? 

Mengenai tuduhan Sarawak Report kemanakah perginya RM25 juta dari jumlah asal projek Baitul Makmur II bernilai RM253 juta sebelum diserahkan oleh Eastbourne kepada Hock Seng Lee dengan nilai RM228 juta itu, takkan Eastbourne bodoh sangat tak mengambil kontrak membuat sampingan seperti pembinaan site office untuk projek tersebut dan projek-projek support yang lain  projek berkenaan?

Sekiranya Sarawak Report ada mempunyai apa-apa "bukti-bukti" ke atas mana-mana tindakan yang menyalahi undang-undang seperti yang digembar-gemburkan dalam portalnya, sila bawa ke mahkamah, jangan suka-suka nak membuat tuduhan yang melulu sebegitu.

Pesanan UnReportedNews™® kepada Sarawak Report janganlah nak menyeluk hak ke dalam urusan orang lain.

Setiap apa saja keputusan yang bakal di ambil berkaitan dengan penggunaan dana Tabung Baitulmal Sarawak telah ditimbal secara halus oleh Mufti Negeri samaada ianya bertentangan dengan syariah ataupun menyalahi agama.

Kompleks Islam Sarawak adalah projek Lembaga Masjid Negeri dan pembiayanya adalah Tabung Baitulmal Sarawak. Difahamkan dana yang digunakan untuk projek tersebut adalah dana "reserve" Tabung Baitulmal Sarawak dan sewaan pejabat di Kompleks ialam Sarawak boleh menjanakan dana sebanyak RM7 hingga RM 8 juta setahun balik kepada Tabung Baitulmal Sarawak. 

Bayangkan Sarawak mendapat dana tambahan sebanyak itu buat Tabung Baitulmal Sarawak? Mengapa Sarawak Report mesti iri-hati tentang perkara baik buat umat Islam di Sarawak?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Melayu ada menyatakan Tabung-tabung Baitulmal Negeri harus berkecimpung dalam projek-projek pembangunan agar dapat menjanakan dana yang sedia ada dalam memperkasakan ekonomi diri.

Tidakkah Sarawak Report (yang menggunakan nama "Sarawak" pada portalnya ataupun ianya hanya sekadar nama saja) merasa bangga yang Tabung Baitulmal Sarawak menjadi perintis dalam perkara ini sebelum ianya diumumkan lagi?

Memang dana Tabung Baitulmal Sarawak khusus untuk membantu fakir miskin di negeri ini namun pembabitannya dalam projek-projek pembangunan tidak sama sekali membantutkan bantuan-bantuan yang disalurkan malah ianya akan dipertingkatkan lagi.

UnReportedNews™® ada menghubungi Datuk Haji Daud Abdul Rahman mengenai perkara ini siang dan jawapan beliau pendek, "Allah mengetahui segalanya apa yang saya buat selama ini namun setahu saya segala yang saya lakukan berlandaskan undang-undang dan tidak bertentangan dengan agama."

"Sorry, it (Sarawak Report) doesn't deserve my reply as the writer cannot distinquish Tabung Baitulmal Sarawak and the other agencies."

InsyaAllah, UnReportedNews™® akan mengupas lagi perkara ini dengan lebih mendalam dalam siri-siri yang akan datang. Wassalam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®