Wednesday, 18 September 2013

KIT SIANG, DALANG TRAGEDI 13 MEI?

-PENGECUT TAK BERTELUR, LEPAS BALING BATU SOROK TANGAN DALAM BONTOT! KALAU BUKAN DALANG, KENAPA KIT SIANG DITAHAN ISA PADA 18 MEI 1969? DATANG MEREMPAT NAK JADI "RAJA" KAT SINI? SEBIJIK MACAM CHIN PENG YANG DAH MAMPUS TU! KEKEKE!!!-

Kalau bukan dalang 13 Mei 1969, kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas peristiwa tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ?

Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 ditempatkan pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970. Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan, satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang tiada kaitan dengan dengan 13 Mei 1969.

Namun, hingga kini, selepas 44 tahun masa berlalu, Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu, sekaligus mengesahkan penahanannya enam hari selepas tragedi berdarah 13 Mei dahulu adalah tepat.

Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dengan membawa kes ini ke mahkamah dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti melaksanakan Suruhajaya Diraja terhadap insiden kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969 untuk pengetahuan umum.

Ekoran kejadian berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969, kerajaan mengisytiharkan darurat. Parlimen telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut, di mana tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Itu langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai dalang insiden 13 Mei ?

Tidak cukup sekadar sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri.

Ia seharus maju setapak ke hadapan, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 tidak sah dan dia serta partinya perlu buktikan bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei.


-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Ramai juga melayu terpikat dengan mainan politik nya. Malah kalau tokoh-tokoh politik melayu yang seangkatan nya, jika bersuara, tentu beliau malu alah. Apa lagi jika Tun M, boleh saja membuka aib beliau. Orang Melayu beriman bukan seperti beliau

    Lihat pula Chin Peng. Ada melayu yang begitu hina sekali, menyanjung " butcher" ibu-bapa, nenek moyang mereka. Jenis melayu ini sama taraf nya dengan majoriti cina, tidak suka subjek sejarah.

    Jika lah kerajaan sekarang lebih prihatin sedikit terhadap permasaalahan ini. Kekang kebathilan, cantas fahaman komunis, sosialis, kapitalis dan neo liberalisma, sekularisma yang semakin segar di hati rakyat Malaysia. Syiah telah di bendung. Semua fahaman ini amat bahaya kepada Malaysia.

    Melayu seperti adam adli dan sebaya mereka mesti di betulkan akidah dan perjuangan mereka demi masa depan Malaysia. Pengaruh LKS di sokong dan di imarahkan pkr dan pas yang memaling sejarah Tanah Melayu.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®