Thursday, 3 May 2012

UMMI MENGECAM LELAKI DALAM GAMBAR MEMANG ABANGNYA, AZMIN ALI

-ITU MEMANG ABANG SAYA, AZMIN ALI, KATA UMMI DALAM SATU TEMUBUAL YANG DISIARKAN DALAM BULETIN TV3 SEMALAM SETELAH MEMBUAT "SESI PENGECAMAN" & UMMI SEKALI LAGI MENYARAN AZMIN SUPAYA CEPAT-CEPAT BERTAUBAT-

Ummi Hafilda Ali, adik beradik kandung kepada Azmin Ali yang kini “disyaki” sebagai “suspek utama” lelaki di dalam gambar/video klip lucah yang kini tersebar meluas mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah 99.99 peratus seiras abangnya,Mohamad Azmin Ali.

Dalam sesi temubualnya yang siarkan di Buletin Utama di TV3 sebentar tadi, Ummi telah membuat pengecaman dan mengesahkan Azmin, yang juga  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), adalah lelaki tersebut.

Malahan dalam temuabual yang sama, Ummi turut juga mencabar abangnya Azmin untuk melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dan juga keluarga mereka.

“Saya juga mencabar abang saya membuat laporan polis fitnah jenayah terhadap mana-mana blog yang telah mem“posting”kan artikal dan gambar/video berkaitan sekiranya dia bukanlah lelaki berkenaan.”

“Sebagai seorang adik, saya betul-betul berharap dia dapat meyelesaikann perkara itu kerana ianya melibatkan juga  nama keluarga kami termasuk diri saya dan saya mohon agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini, ” katanya lagi dan sempat Azmin agar supaya cepat-cepat bertaubat.


Azmin sebelum ini telah dikatakan memang  seiras dan serupa dengan lelaki yang  bersama seorang wanita dipercayai yang berkemungkinan berlaku di dalam sebuah rumah yang sama tetapi di dua buah lokasi yang berbeza; iaitu di dalam bilik tandas and di atas sofa di ruangtamu rumah berkenaan.

Dalam perkara yang berkaitan, Azmin baru-baru ini telah menafikan dia adalah lelaki yang dimaksudkan  malahan menyifatkanya  sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13 dan beliau mengencamnya sekeras-kerasnya atas tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

“Fitnah ini memamparkan seorang lelaki yang tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas dan saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sambil mendakwa ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.







































PS: Kalo adik sendiri dah kata itu abang dier so abang dier ler tu...hehehe


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®