Wednesday, 2 May 2012

ANWAR "DIBOGELKAN" DALAM SIDANG AKHBAR

-ANWAR & AZMIN CUBA BERDALIH & MENAFIKAN MEREKALAH YANG MEMBERI ISYARAT MEMULAKAN RUSUHAN NAMUN TERDIAM TERKELU APABILA SALAH SEORANG WARTAWAN MENDAKWA DIA TERDENGAR ARAHAN ANWAR KEPADA AZMIN SEBELUM RUSUHAN ITU BERMULA-

Buat pertama kalinya Anwar Ibrahim bagaikan kehilangan akal dan gugup bila seorang peserta Bersih mempersoalkan secara terus semua tindakannya di sepanjang perhimpunan itu yang seolah tidak mengambil berat langsung fakta keselamatan dan kebajikan mereka yang terlibat.

Lebih teruk lagi, kehadiran kelibat Anwar disana “bagaikan isyarat” penyokongnya bertindak lebih ganas jika dibandingkan dengan suasana sebelum “kemunculan” Anwar Ibrahim, yakni biarpun sediikt tegang ianya masih lagi dalam kawalan polis.

Lelaki berbangsa Cina dalam lingkungan umur awal 30-an yang fasih menggunakan Bahasa Inggeris itu nyata tidak berpuashati dan mempersoalkan kehadirannya pada Perhimpunan Bersih malah mendakwa Anwarlah dalang dan pencetus sebenarnya segala keganasan yang nyata bermula bagaikan dirancangkan dengan rapi tidak berapa  setelah kemunculan Anwar Ibrahim.

“Saya dan rakan-rakan saya yang terlibat dalam perhimpunan Bersih berasa amat keciwa kerana kami sudah beberapa jam berada di Dataran Merdeka ini tanpa memprovokasi pihak berkuasa,” katanya lagi sambil menambah sikap mereka yang sentiasa mengikuti arahan pihak polis dan tidak melewati dalam kawasan larangan di Dataran Merdeka telah dihadkan oleh pihak polis.

Lelaki tersebut mendakwa apa yang kesali adalah selang beberapa minit sahaja kamu (Anwar) dan beberapa orang pemimpin kanan PKR tiba di perkarangan Dataran Merdeka (lebih kurang jam 2:45 petang), suasana perhimpunan tersebut bertukar menjadi agresif serta mula bertindak cuba mencerobohi kawasan larangan.

Anwar bagaikan terpaku untuk menjawab soalan spontan yang di tujukan  kepadaanya oleh lelaki tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Benjy Lim sewaktu sesi sidang media Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin lepas.

Hanya selepas beberapa ketika,Anwar seolah mendapat keyakinan untuk menjawab soalan itu dengan mendakwa pihak polis yang menjadi punca keganasan di sepanjang Perhimpunan itu.

Benjy yang nyata berang dengan jawapan tersebut sebaliknya menyalahkan Anwar (pembangkang) kerana kegagalan mereka mengawal perhimpunan tersebut dan yang penting sekali, dia (Anwar)sepatutnya tidak “menghi-jackkan” perhimpunan Bersih. sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja.

Menerangkan kehadiran beliau dalam perhimpunan adalah untuk membantah secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang, Benjy dengan sinis menegaskan beliau mengetahui cara polis di negara beroperasi ini kerana dia bukannya hidup baru sehari dua dan dalang utama punca rusuhan itu adalah perancangan awal dari pembangkang.

Menyedari yang dia tidak dapat menandingi Benjy dan fakta-fakta yang disuarakan pada sessi pertikaman lidah tersebut itu di saksikan puluhan wartawan-wartawan yang lain, Anwar terpaksa menukar straterginya dengan mempertikaikan kehadiran Benjy pada sessi sidang akhbar tersebut dengan alasan-keutamaan sesi soal-jawab harus di beri kepada wartawan bukannya orang awam sepertinya dan mengarah Benjy dibawa keluar dari bilik sidang akhbar.

Rakan-rakan Anwar seperti Azmin Ali dan Tian Chua bagaikan “Burung Kakak-tua atau Burung Tiong” menghamburkan dakyah-dakyah menyalahkan polis yang kononnya mula bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0 sementara  Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya memilih untuk berdiam diri.

Sesi sidang akhbar pembangkang itu yang pada mulanya bermotif hanya untuk menyalahkan polis dan kerajaan pada insiden keganasan Perhimpunan Bersih tempoh hari dan kononnya mereka (pembangkang) berada di sebelah “pihak yang benar” tetapi sebaliknya, sesi tersebut telah “membogelkan” Anwar Ibrahim di hadapan semua wartawan-wartawan termasuk wartawan tempatan, pro-pembangkang dan agensi berita luar negara yang bagaikan “bersepakat” mengasak Ketua Pembangkang itu.

Ketika salah seorang dari wartawan tersebut bertanya mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih “Menawan Dataran Merdeka,” Anwar terus mencelah menjerit, “Ini soalan UMNO, Ini soalan UMNO,” berulang kali.

Apabila para wartawan mengulangi soalan tersebut, Anwar kemudiannya cuba spin lagi dengan berdolak dalih mendakwa beliau sebenarnya memberi isyarat minta laluan, isyarat mahu peserta masuk ke kanan iaitu ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke kiri iaitu ke arah ke Dataran Merdeka.

Anwar kemudiannya mendakwa dia telah memberi isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan pegawai polis yang kononnya ada di situ untuk minta kebenaran berkumpul secara aman dan bagaikan seorang belaci dayus yang mengiyakan kata-kata bosnya, Azmin mengangguk kepalanya berulang kali.

Dalam rakaman video disaat-saat kejadian tersebut berlaku, ianya jelas menunjukkan rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan “signal” atau “isyarat tangan” kepada Azmin yang kemudiannya berbisik pada seorang lelaki India yang memakai baju-T Bersih  kuning tersebut.

Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu.

Muka Azmin bertukar pucat lesi kerana terperanjat apabila salah seorang dari wartawan tersebut bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka…boleh masuk…boleh masuk,” dan dia (Azmin) hanya mampu berteriak, “Bohong!,” menafikan pendedahan wartawan tersebut.

Azmin bagaikan “kehilangan keupayaan bercakap” apabila wartawan terbabit berkata dia berada berhampiran dan mendengar dengan jelas apa dikatakan oleh Ahli Parlimen Gombak itu dan bagaikan cubaan untuk meng”divert”kan perkara itu, mereka terus bertanya wartawan tersebut berkerja untuk agensi berita yang mana.

“Saya sendiri melihat peserta-peserta Bersih memijak kawat besi, merosakkan dan membuang kon-kon jalan sebelum Datuk Seri sampai tapi mereka tidak masuk sebab Datuk Seri belum sampai lagi (masa tu), mereka hanya merempuh masuk hanya selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya lagi membuatkan Anwar dan rakan-rakan media yang lain turut tergamam melihatnya.

Anwar pula bertindak cuba untuk memusing cerita, isu sebenar dan penting yang ingin dia dipertengahkan dalam sidang akhbar tersebut adalah tuntutan rakyat menerusi Perhimpunan Bersih itu yang kononnya dihadiri oleh lebih 300,000 peserta  yang menuntut pilihanraya bebas dan adil, bukannya isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan sehingga pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan water-canon.

Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, beberapa orang wartawan yang hadir menyuarakan agar janganlah cuba menyalahkan pihak lain atau UMNO dan biarpun sidang akbar tersebut berlangsung lebih dari satu jam, sebahgian besar daripada wartawan tersebut merungut tentang ketidak-telusan Anwar dan kuncu-kuncunya terutamanya, ketika menjawab soalan-soalan yang diutarakan mereka dengan biasan dan alasan remeh bukannya fakta atau bukti.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®