Friday, 4 May 2012

TINDAKAN PESERTA BERSIH BAGAIKAN PENGGANAS?!

-MELIHAT MENERUSI PETI TV, KEGANASAN BERSIH TEMPOH HARI SEOLAH BERLAKU DI NEGARA ASING LAIN YANG BERPORAKPERANDA DEK TEKANAN EKONOMI, PENINDASAN & KETIDAK-ADILAN YAKNI PERKARA-PEKARA TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA. MAKA AKU BERTANYA SENDIRI, APAKAH SEBENARNYA KITA DI MALAYSIA NI TERLALU SENANG & AMAN SEHINGGAKAN KITA TIDAK MENGHARGAI APA YANG KITA NIKMATI & KECAPI SELAMA INI ATAU SEMEMANGNYA KITA INGIN MERASAI APA ITU ERTI KESUSAHAN SEBENARNYA-


Kesian betul aku tengok wartawan Al-Hijrah yang kena pukul oleh "manusia puak spesis subversif" sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu lepas, sampai begitu sekali tahap kebodohan penyerang-penyerang tu, agak-agaknya apa yang wartawan tu buat kat MAK KORANG ye sampai korang pukul dia macam tu hah?


Aku salute kat Bro Wartawan tu sebab dia telur, biarpun dia sorang dia ada keberanian nak berdepan dengan korang yang nyata tak bertelur langsung sebab korang hanya berani kerana korang ramai. Engkorang ni betul-betul bahlul dan takda telur


Punyanya hampeh korang tu sampai anggota polis yang dah tak terdaya melawan pun korang masih nak tibai lagi. Aku rasa-rasa korang ni memang selalu kena dera makbapak korang masa kecik-kecik dulu kan sebab tu lah korang berperangai sadis sangat!!


Baru je dengan tangan kosong, tahap kerosakan harta orang awam dan kerajaan yang telah dimusnahkan dah mencecah hingga ribuan atau jutaan ringgit, cuba bayangkanlah jika puak-puak ni ada kelengkapan senjata-api, kang naya semua? Tahap diaorang ni boleh di labelkan sebagai militan atau pengganas negara!


Keganasan yang telah dipamirkan hasil dari rancangan (Bersih) pembangkang sebenarnya menggambar sedikit sebanyak corak pemerintahan yang mereka amalkan (jika ditakdirkan lah mereka berkuasa kelak) di mana, semuanya akan menggunakan kekerasan semata-mata kemahuan mereka menjadi kenyataan.


Pembangkang bagaikan tidak teragak-agak menggunakan kekerasan dan keganasan nanti mereka ini akan menggunakan kekerasan pada mereka yang tidak sehaulan dengan mereka, pada mereka yang membantah tanah-tanah masjid atau suara di rampas sebab nak nak buat kondominium atau pub serta tidak mustahil juga kekerasan mungkin mereka akan guna-pakaikan ke atas mana-mana suami yang enggan "berkongsi isteri" dengan mereka!


So, sebelum benda tu terjadi baik kita tangani dengan segera dan aku serta majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan Polis Di Raja Malaysia yang kini dalam usaha memburu seramai 49 suspek yang bertindak ganas, mencederakan orang lain serta merosakkan harta benda awam sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Kota Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.


Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, pihak polis sudah mengenalpasti identiti setiap orang daripada 49 suspek yang ada kaitan kejadian rusuhan dan keganasan susulan dari Perhimpunan Bersih itu.




"Mereka ini bertindak ganas dan dalam masa yang sama telah menyalahi undang-undang dan pihak kami telah pun mengenalpasti identiti semua suspek-suspek tersebut dan kami percaya kami akan dapat menangkap semua mereka dalam masa yang terdekat ini."


Di sesi sidang-akhbar yang sama pada Khamis lepas, Mohmad turut juga mengedarkan suspek-suspek tersebut kepada pelbagai agensi-agensi berita dan suratkhabar agar wajah merekas dipaparkan kepada orang awam."


-UnReportedNews™®


PS: Ambik kow, nak sangat, kan dah glamor satu negara? 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®