Wednesday, 12 September 2018

Pertemuan Anwar-Taib Catur "Kerjasama GPS-PKR" Dan Larry Sng Sebagai Timbalan KM?



KUNJUNGAN hormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke kediaman rasmi Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ditemani Ahli Parlimen Julau Larry Sng di Demak Jaya baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan.

Ke mana perginya Baru Bian? Chong Chieng Jen? See Chee How? Mengapa Larry Sng yang menemani Anwar Ibrahim?

Terdengar desas desus mengatakan pertemuan Anwar -Taib sebenarnya adalah untuk membincangkan kebarangkalian untuk mewujudkan "kerjasama di antara PKR-GPS". 

Kehadiran Larry pada pertemuan itu menguatkan lagi sangkaan dimana antara syarat utama yang diminta Anwar adalah agar Larry dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri sekiranya kerjasama berkenaan dipersetujui.

Mengapa Anwar memilih Larry dan tidak memilih Timbalan Ketua Menteri dari kalangan pemimpin PKR yang sedia ada? 

Umum tahu, kebanyakan pemimpin PKR Sarawak lebih cenderung berpihak kepada Azmin yang dikatakan sedang "berperang" dengan Anwar Ibrahim malah beberapa orang pemimpin PKR Sarawak baru-baru ini telah secara terbuka memberi sokongan kepada Azmin dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR ketika menentang Rafizi (orang Anwar).

Sekiranya benar desas desus ini, apakah PKR Sarawak akan menjadi dua kem? (Anwar/Larry dan Azmin/Baru Bian)... hanya masa menentukan segalanya..😎


#iamSarawakian
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®