Saturday, 15 September 2018

Kebarangkalian Apa Akan Terjadi Kepada Sarawak Jika Dikuasai PH


PERSOALAN yang sering bermain di fikiran Sarawakian apa mungkin terjadi kepada Sarawak jika ianya dikuasai oleh PH?

Kepada penyokong tegar PH Sarawak mereka mungkin beranggapan pembangunan dapat dilaksanakan dengan momentum dengan lebih pantas kerana kerajaan pusat kini dikuasai oleh PH dan sudah tentu kerjasama diantara kdua kerajaan akan lebih teratur dan berkoordinasi.

Tapi dapatkah pemimpin PH Sarawak sekarang mempertahankan Sarawak dari "kemahuan atau desakan" dari rakan sekutu PH mereka dari Semenanjung?

Jika kita lihat senario yang berlaku sekarang, pemimpin PH Sarawak baik DAP atau PKR hanya diam dan mengangguk kepada keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang jelas merugikan dan tidak mendatangkan manfaat kepada Sarawak.

Saya bagi beberapa contoh mudah; banyak projek-projek infrastruktur penting di Sarawak yang diharapkan oleh rakyat yang telah diluluskan sewaktu pemerintahan DS Najib telah dibatalkan atau ditangguhkan.. ada pemimpin PH Sarawak dari DAP atau PKR menentang keputusan tersebut? Walhal projek-projek berkenaan akan menambahbaikkan kehidupan rakyat Sarawak..

Berkenaan royalti minyak Sarawak, biarpun jelas dalam manifesto PH PRU14, mereka menjanjikan ROYALTI 20% kepada Sarawak namun setelah menang, kerajaan PH pusat berdalih hanya mahu memberi 20% KEUNTUNGAN dan bila mendapat tentangan dari Sarawakian barulah Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen tiba-tiba timbul dengan formula barunya sendiri iaitu 5% ROYALTI dan 20% KEUNTUNGAN..

Hak Keistimewaan Pendidikan Sarawak jelas membolehkan kita disini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama malah ianya (dahulu) disokong oleh Chong sendiri namun tonanya telah berubah malah beliau menyokong saranan Menteri Pelajaran Dr Mazlee Malik agar sekolah-sekolah di Sarawak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama. Jelas pendirian Chong telah bertukar.. mungkin kuathir jawatan Timbalan Menteri KPDNKKnya di tarik balik jika tidak menyokong keputusan kerajaan pusat PH..

Semua hak keistimewaan Sarawak dilindungi oleh MA63.. setiap keputusan atau pindaan undang-undang di Parlimen melibatkan hal-ehwal Sarawak PERLU mendapat "restu" dari DUN Sarawak..

BAYANGKANLAH jika Sarawak dikuasai oleh PH.. selama ini pemimpin PH Semenanjung sering menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana ada diantara mereka tidak dibenarkan oleh kerajaan Sarawak kerana kuasa imigresen autonomi Sarawak MA63 membolehkan Sarawak berbuat demikian. Dan mereka ingin mengubah situasi ini.. apa yang harus mereka laku kan?

1. Buat pindaan mengenai perkara ini di Parlimen 
2 . Pindaan dibaca di DUN Sarawak dan diluluskan .. 

Dan dengan kedua-dua kerajaan dikuasai oleh PH, siapa dapat menghalang mereka berbuat demikian..

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan yang lain? Rakyat Semenanjung masuk ke Sarawak menggunakan passport? Permit kerja warga Semenanjung ke Sarawak? Dan banyak lagi..

Dengan gaya dan tingkah laku pemimpin PH Sarawak sekarang apakah mereka mampu mempertahankan Sarawak?

Apakah Sarawakian akan membiarkan perkara ini berlaku..? MENYESAL dulu PENDAPATAN, menyesal kemudian TIDAK BERGUNA..


#iamSarawakian #IbuPertiwiku

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®