Thursday, 15 May 2014

ENAM MENTERI KABINET SARAWAK KELUAR PARTI!



Enam Menteri kabinet negeri Sarawak mengumumkan keluar parti bagi menubuhkan sebuah parti baharu.
Mereka adalah Presiden Parti Demokratik Progressif Sarawak, SPDP yang juga Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti dan pengerusi parti Rakyat Bersatu Sarawak cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh.
Manakala empat menteri kabinet lain adalah, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda kemudahan Awam, Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal, Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr. jerip Susil.
Selain itu, Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Adun Pelagus, George Lagong turut membuat keputusan keluar parti.
Ekoran perkembangan ini mereka akan bergabung untuk membentuk sebuah parti baharu iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak, Teras.
Pengumuman ini dibuat dalam sidang media tergempar yang diadakan sejurus berakhirnya persidangan dewan undangan negeri Sarawak petang tadi.
Tan Sri Mawan menyatakan keputusan itu dibuat berikutan kemelut yang melanda SPDP yang diterajuinya 10 tahun yang lalu menemui jalan buntu.
Alasan yang sama turut diberikan oleh Dato Sri Wong Soon Koh mengenai kemelut SUPP yang tidak berkesudahan.
Mengenai parti yang bakal ditubuhkan Tan Sri Mawan menyatakan TERAS merupakan parti mesra BN.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dalam reaksinya menyatakan beliau akan mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini dari semua pihak sebelum memberikan sebarang ulasan.
Katanya satu sidang media khas akan diadakan berhubung perkara tersebut apabila tiba masa sesuai.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®