Thursday, 15 May 2014

DAP SARAWAK BAGAI ANJING MENYALAK

-UMPAMA ANJING MENYALAK, BILA DIDEKATI IA LARI KETAKUTAN, BEGITU KEADAAN DI DUN SARAWAK, BILA MENTERI MEMBERI PENJELASAN MENGENAI ISU YANG DIBANGKITKAN KERAJAAN, PEMBANGKANG "MENGHILANG DIRI"! SEBIJIK MACAM ANJING! KEKEKE!!!-


Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berkata kerajaan negeri mengambil serius dalam mengurangkan jumlah penempatan setinggan di tanah kerajaan termasuk di Sungai Midin di Batu Kawa Kuching.

"Tuduhan oleh ADUN Batu Kawa dari DAP Christina Chiew Wang See bahawa kerajaan tidak menepati janji dan mengabaikan penempatan setinggan di kawasannya adalah tidak benar."

Beliau berkata demikian di Sidang Media di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya Kuching hari ini.

"Ini yang telah kami lakukan kepada Sungai Midin yang asalnya tanah gambut dan dalam dua tahun kami telah membangunkan jalaraya dan akan membi9na rumah mersa," kata Johari sambil menunjukkan gambar kawasan yang dimaksudnya tersebut.

Tambahnya kerajaan juga telah berjaya mengurangkan jumlah setinggan dari sembilan ribu isu rumah kepada tujuh ribu isi rumah dalam tempoh dua tahun ini.

Terlebih dahulu Johari telah menjelaskan perkara didalam dewan semasa ucapan penggulungannya namun malangnya ADUN Batu Kawa yang telah membangkit perkara berkenaan tiada di Dewan semasa itu. 

Jikalaulah benar-benar ikhlas mahu membangkit isu tersebut, ADUN yang bertanya soalan tersebut sepatutnya hadir untuk mendengar penjelasan menteri berkenaan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®