Saturday, 19 October 2013

SUARA SAYAP PEMUDA PBB, PEMANGKIN PARTI

-KETUA PEMUDA PBB & JUGA MENTERI KERJA RAYA DATUK HAJI FADILLAH HAJI YUSUF MENEGASKAN PEMUDA PBB TERUS AKAN MEMPERJUANGKAN RESOLUSI YANG BELUM TERCAPAI! SYABAS DATUK & PEMUDA PBB!-

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus memperjuangkan resolusi yang dibentangkan pada perhimpunan lalu yang masih belum tercapai.

Ketua Pemudanya Datuk Fadillah Yusof berkata, antara resolusi berkenaan adalah mewujudkan matrikulasi sendiri di Sarawak serta pembangunan infrastruktur asas di pedalaman.

Menurutnya, ia adalah resolusi yang dibentangkan pada perhimpunan PBB Ke-12 iaitu pada tahun 2010 dan masih belum dicapai atas beberapa kekangan.

“Resolusi ini masih tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kekangan antaranya ia bukan di bawah kawalan kami tetapi kerajaan selain kekangan kewangan.

“Misalnya, penubuhan matrikulasi di Sarawak yang kita rasakan amat penting memandangkan kita hanya ada matrikulasi sementara di Sejingkat,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Tambah Fadillah, selain itu pembangunan infrastruktur di pedalaman juga masih diperjuangkan dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

Kata Menteri Kerja Raya itu, infrastruktur di kawasan pedalaman menjadi cabaran besar memandangkan ia bukan sahaja disebabkan peruntukan tetapi juga kebolehlaksanaan.

“Bagaimanapun, terdapat juga resolusi yang sebelum ini sudah kita berjaya laksanakan termasuk pameran kerjaya, pembangunan kampung tradisional dan pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Ia telah dibentangkan kepada Badan Induk PBB dan kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak dalam PBB bukan Pergerakan Pemuda sahaja,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya dasar, beliau mengingatkan kepada barisan Pemuda agar mengambil langkah proaktif dalam memastikan legasi yang ditinggalkan kekal terpelihara.

“Pada masa ini, terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan sumbangan pemimpin terdahulu.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila melihat anak bangsa sendiri menidakkan jasa dan pengorbanan mereka,” katanya.

Tambah Fadillah, perkara itu jika tidak dibendung akan menjadi barah dalam masyarakat.

Katanya, apabila jasa tidak dihargai maka legasi juga tidak akan dipeduli, hasilnya negara akan rugi dan bangsa hilang identiti.

“Sebagai barisan hadapan kepada parti kita harus mengambil langkah yang proaktif dalam memastikan legasi yang ditinggalkan kepada kita ini kekal terpelihara,” katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Elok sangatlah pengakuan "janji belum ditepati" opph "resolusi" yg terbengkalai sebab bukan kuasa Pemuda.Apapun Dtk Fadillah mengakui banyak agenda yg "belum selesai" dan beliau bersama PBB akan terus memperjuangkannya.Syabas Dtk.

    Mengakui kelemahan diri adalah sifat terpuji.Di atas rasa rendah dirilah banyak perkara baik kita jayakan.Sifat Dtk harus dicontohi.Jgn jadi sesetengah pemimpin yg hanya pandai buat janji2 tetapi tak ditepati.Lambat menunaikan janji lebih baik drp tiada langsung.Bukan semua program/rancangan boleh dibuat macam "mee segera".Nak buat jeti kecil pun perlu rancangan rapi.

    Saya optimis sayap Pemuda akan terus maju kedepan.PBB wajib mendengar keluhan dan menyokong agenda Pemuda.Jgn salahkan sayap jika sayap tidak diberi kuasa.Hormat menghormati harus jadi amal dan etika PBB.No one is above the Party.Parti keramat bumiputera Sarawak hendaklah ada authority.Setiap sayap dr ranting hingga ke Pusat perlu ada empowerment.Jgn kuasa dimonopoli oleh pemimpin2 atasan.Share your power,thus share your responsibility.Let's share the credit as well as the blame.

    pendapat 50sen.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®