Thursday, 5 September 2013

SASTERAWAN NEGARA KANTOI "MENYELINAP" MASUK RUMAH!

-KANTOI HABIS LAH PAK SAMAD NI! DAKWAANNYA YANG BELIAU BERADA DI RUMAH SEPANJANG MASA PADA HARI ITU HANYALAH SEMUANYA KELENTONG BELAKA! SEJAK-DUA MENJAK MELIBATKAN DIRI DENGAN PEMBANGKANG NI PAK SAMAD NAMPAKNYA DAH MULA PANDAI DALAM BAB KELENTONG-MENGELENTONG NI! SUDAH-SUDAH LAH TU PAK SAMAD OI! KEKEKE!!!-

Pak Samad mendakwa beliau seharian di rumahnya tapi sebenarnya dia kantoi
ditangkap polis bila "menyusup" masuk ke dalam rumahnya sendiri! Apa klass?
 
Ini baru kes 'pecah tembelang' lanjutan isu kibar bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang Merdeka. Amat memalukan kerana ia melibatkan seorang Sasterawan Negara yang konon aktivis pejuang kebenaran.

Kalau mengikut versi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya Datuk A Samad Said berbohong dakwa dia berada di rumah sepanjang hari Selasa dan polis tidak datang tahannya untuk soal siasat waktu itu.

Isunya di sini ialah puak pembangkang dok galak balon polis mempersoalkan mengapa tak hormat seorang berstatus Sasterawan Negara datang datang tahan beliau waktu tengah malam di rumahnya.

Ekoran kontroversi ini Khalid memberitahu wartawan ketika ditemui selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis kisah sebenar mengapa Samad terpaksa ditahan waktu tengah malam.

Beliau berkata polis telah pergi ke rumahnya (di Bangsar) pada waktu petang namun Samad tidak ada di rumah.

Menurut Ketua Polis Negara itu Samad hanya menyelinap masuk balik ke rumahnya pada waktu tengah malam Selasa.

Beliau ditahan pada jam 12.30 awal pagi Rabu. Beliau cuma ditahan untuk soalsiasat selama dua jam dan dibebaskan jam 2.30 pagi.

Namun puak pembangkang dan penyokong mereka buat riuh dalam internet hentam polis macam-macam persoal penangkapan  waktu tengah malam keatas Samad yang berusia 80 tahun.

"Dia hanya balik waktu tengah malam,dia balik senyap-senyap, kami menunggu. Maka kami tahan dia.

"(Sebelum itu) Kami sudah minta dia serah diri tetapi dia tidak.(Jadi) Kenapa kami tidak boleh tahan dia (waktu tengah malam).

"Kalau berani melakukan kesalahan yang memalukan melakukan bendera negara kita yang kita sayangi sebegitu kenapa pula menyalahkan polis bila kita ambil tindakan?," katanya.

Sementara itu dalam reaksinya, Samad dilaporkan cuba dakwa Ketua Polis Negara reka cerita dia menyorok untuk pertahan penahanannya waktu tengah malam.

Dakwanya beliau ada di rumah.

TAPI .. dalam pada itu mengakui ada keluar jalan-jalan ke Bangsar dan minum teh di kedai mamak tidak jauh dari rumahnya.

Nampaknya hebat juga Sasterawan Negara ini 'bersastera'.

Sudahlah tidak menyerah diri bila diminta oleh polis berjam-jam sebelum ditahan....beliau boleh lenggang kangkong keluar rumah jalan-jalan dan minum teh tarik.

APA BEZANYA .. antara 'tidak ada di rumah' dan ' keluar jalan-jalan'? (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®