Thursday, 5 September 2013

PELBAGAI SENJATA AUTOMATIK DIRAMPAS POLIS

-POLIS MERAMPAS PELBAGAI JENIS SENJATA API AUTOMATIK TERMASUK MODEL AK-47 BERSERTA DUA TIN PENUH BERISI PELURU DALAM SATU SERBUAN DI SEBUAH PERMIS PERNIAGAAN KOSONG SEMENTARA DUA SASPEK BERKAITAN DENGAN BARANGAN RAMPASAN TERSEBUT TURUT DIBERKAS DI DUA LOKASI BERASINGAN! MACAM NAK PERGI "BERPERANG" JER NI? KEKEKE!!!-

Pelbagai jenis senjata api dirampas dalam satu serbuan ke atas sebuah kedai kosong di Naka, Alor Star di Kedah, awal pagi tadi, lapor NST Online.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara jenis senjata yang dirampas termasuk tiga raifel Kalashnikov AK-47, tiga laras Colt M4 Carbine, senjata api buatan sendiri dan pistol Beretta semi automatik serta 11 kelopak peluru kosong untuk pelbagai jenis senjata.

Katanya, dalam serbuan jam 5 pagi itu, polis turut merampas lima guni baja urea dan dua tin yang dipenuhi peluru pelbagai saiz.

Ahmad berkata susulan daripada serbuan itu, polis telah menahan dua lelaki berusia 50 dan 53 tahun di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama ditahan ketika serbuan manakala suspek kedua ditahan di Kuala Kedah kira-kira jam 1 petang tadi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Wak ucapan ribuan terima kasih di atas kesungguhan pihak polis membenteras golongan penjenayah ini, jejak dan hapuskan mereka sampai ke lubang cacing, harap pihak polis tidak tunduk dengan tekanan orang-orang politik yang tidak sayangkan nebara. Syabas PDRM...!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®