Friday, 30 August 2013

TEMBELANG ANWAR PECAH JUA AKHIRNYA!

-HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG ... ITULAH DISKRIPSI YANG PALING TEPAT BAGI SITUASI YANG DIALAMI ANWAR KINI! SETELAH GAGAL MEMPENGARUHI RAKYAT YANG KONONNYA BELIAU TELAH DITAWAR PM NAJIB UNTUK MENGADAKAN "KERAJAAN PERPADUAN", ANWAR KEMUDIANNYA TERHEGEH-HEGEH MENYUARAKAN "KESEDIAANNYA" UNTUK BERBINCANG DENGAN KERAJAAN! PUNYALAH SADIS & DESPERADO MAHLUK INI! KEKEKE!!!-

Tanpa ribut atau taufan, Anwar tetibe jer "declare" yang dia sudah bersedia untuk berbincang dengan kerajaan mengenai beberapa isu yang kononnya "amat penting"!

Apakah Anwar langsung tidak ada perasaan malu ker nak berjumpa dengan PM Najib atas niat untuk "berbincang" sedangkan tidak lama dahulu, Anwar mati-mati mendakwa Najiblah yang tergedik-gedik sangat nak bertemu dengannya atas sebab yang sama.

Dakwaan Anwar itu telah dinafikan oleh pihak Najib, ye ler, kalau dah benda tu takde, buat apa nak mengiyakan kan? Takkan Najib terlalu naif sehingga dapat diperbodohkan oleh Anwar dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti man yang telah di"gossip"kan oleh sesetengah pihak.

Dengan perkembangan terbaru ini, terbukti, Anwar yang kemaruk sangat nak mengadakan perbincangan ni. Licik betul game dier orang ni kan? 

Penyebaran dongengan yang kononnya Najiblah yang beria-ia sangat nak mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang mengadakan kerajaan perpaduan serta tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya secara tidak langsung seakan berniat memberi "hint" kepada Najib akan "jalan pendamaian" bagi kedua belah pihak.

Siapalah Anwar, nak berbincang dengan Najib melibatkan isu-isu penting serta masalah yang melanda negara ini sejak kebelakangan ini walhal, jika di kaji secara terperinci ianya menunjukkan kecenderungan masalah-masalah yang terjadi secara langsung atau tidak, telah dibangkitkan oleh beliau dan kuncu-kuncunya sendiri.

Layakkah Anwar bertemu Najib untuk berbincang mengenai "kerjasama" diantara pembangkang dan kerajaan? Persoalan ini harus di tanya kerana kredibiliti serta integriti beliau terkini boleh dianggap di tahap "negatif sifar".

Selama ini, pelbagai pembohongan, penipuan, muslihat dan entah apa lagi gimik dalam dunia ni telah digunakan pembangkang, khususnya Anwar sendiri dalam usaha untuk "menyusahkan" kerajaan disamping menyemarakkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Dengan alasan Pakatan Rakyat bersedia mengetepikan ideologi politik, Anwar yang dulunya bermati-matian membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu manyatakan kesediaan ini adalah demi masa depan dan kesejahteraan negara.

Biarpun Anwar seakan cuba "mengumpan" Najib agar bersetuju mengadakan perbingan itu dengan berkata, pembangkang percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara BN dan PR bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh," sebaik-baiknya, Najib tak perlulah melayan meroyan si Anwar tu sangat.

Perlu diingatkan, Anwar ini banyak muslihat serta penuh dengan pelbagai taktik dan strategi yang licik sepertimana yang kita sendiri boleh perhatikan di sepanjang karier beliau dalam politik.

PS: Kalo aku jadi Najib, aku malaslah nak layan si gilo tu! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Peliwat yg tak mahu membela diri sendiri ini (bersumpah mahupun melakukan ujian DNA serta tak mahu saman Datuk Eskay) SELAYAKNYA berdialog dengan para peliwat lain serata dunia.

    Peliwat Sang Brader (B) Anwar (A) Bin (B) Ibrahim (I) ini tak punya kredibiliti bukan sahaja sebagai pemimpin malah sebagai manusia biasa yg bermaruah pun.

    Kesian PKR TOTOK termasuk abang dan adik aku yg TAKSUB dengan peliwat ini. Alah...Nik Aziz pun TAKSUB.... Hadi Awang....

    Mereka ini tak kan percaya Anwar ini memangnya seorang peliwat waima anak isteri mereka sendiri diliwat.

    Barangkali mereka hanya percaya yg Anwar memang peliwat bilamana mereka sendiri diliwat...

    Kesian...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®