Saturday, 31 August 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

-SELAMAT HARI MERDEKA KE-56 DENGAN TEMA "MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" BUAT SEMUA. DENGAN SITUASI NEGARA DILANDA PELBAGAI ISU SENSITIF, PROVOKASI & MENGUGAT SEGALA PERPADUAN & TOLERANSI KAUM YANG MENJADI TONGGAK UTAMA KEMAKMURAN NEGARA SELAMA INI, KITA WAJIB BERTANYA DIRI KITA SENDIRI, APAKAH SUMBANGAN ANDA SEBAGAI INISIATIF MENGEKALKAN KEAMANAN AGAR TERUS DINIKMATI KERANA IA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!-


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web www.malaysiamerdeka.gov.my


-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. AKO BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA DI BAWAH NAUNGAN KERAJAAN BN. TERIMA KASIH MALAYSIA. HIDUP MALYSIA...!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®