Tuesday, 6 November 2012

KHALID IBRAHIM DIGESA BERHENTI "MAIN WAYANG KULIT"

-KELEKAAN & KEGAGALAN KERAJAAN PR SELANGOR MENYEDIAKAN 23,637 UNIT BUAH RUMAH KOS MURAH YANG DIJANJIKAN KEPADA RAKYAT NEGERI ITU  MENCERMINKAN SIKAP PENTINGKAN DIRI SENDIRI TANPA MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RAKYAT (YANG MENGUNDI PR PADA PRU 2008), TIDAK AMANAH & BERTANGGUNGJAWAB DAN HANYA TAHU BERJANJI TANPA SEBARANG NIAT MENGOTAKANNYA, MALAH JUMLAH 287 UNIT BUAH RUMAH KOS RENDAH YANG MAMPU DIBINA BAGAIKAN "PENGHINAAN" KEPADA RAKYAT, BAYANGKAN, DALAM SATU PENGGAL (EMPAT TAHUN) HANYA BANYAK TU YANG DAPAT DIBINA? APA YANG KORANG BUAT SELAMA NI SELAIN DARIPADA YANG "GITU-GITU" TU HAH? KEKEKE!!!-
Ketua Pemuda UMNO Selangor Ungku Salleh Ungku Jamal meminta agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhenti bermain politik dan menipu rakyat dalam isu rumah kos rendah, sebaliknya mengakui bahawa sememangnya kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR tidak prihatin terhadap nasib rakyat miskin dan sederhana di negeri tersebut.

Jelasnya, isu rumah kos rendah yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang baru-baru ini mendedahkan hanya 287 buah rumah kos rendah yang baru siap dibina berbanding 23,637 buah seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri, sudah cukup untuk membuktikan kerajaan Selangor langsung tidak ambil pusing terhadap nasib rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Selangor hari ini lebih tertumpu untuk menjual aset-aset kerajaan, membiayai hutang-hutang syarikat korporat berbanding untuk memikirkan nasib rakyat. Sepanjang empat tahun pemerintahan mereka, takkanlah hanya 287 unit saja yang mampu mereka bina? Sedangkan rakyat yang mendaftar untuk rumah kos rendah ini lebih daripada 2,000 orang.

“Kami Pemuda UMNO Selangor sejak setahun yang lalu telah membangkitkan perkara ini, namun tidak ada sebarang respon daripada kerajaan negeri. Saya sendiri tidak pernah dengar atau terbaca pengumuman dari kerajaan negeri, atau majlis pecah tanah dari kerajaan negeri untuk bina rumah-rumah kos rendah ini,” tegas beliau.

Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor yang lebih mendahulukan agenda-agenda lain sepanjang tempoh PKR memegang kuasa daripada mendahulukan kehendak rakyat di negeri ini.

“Apa yang saya lihat, Tan Sri Khalid terlalu banyak mendahului kepentingan politik parti sehingga segala-galanya menjadi sukar. Bahkan, perkara-perkara yang mendahului kepentingan rakyat juga tidak dapat didahulukan kerana terlalu lebih berpolitik. Hari ini, beliau memperkudakan exco-exconya untuk menjawab isu rumah kos rendah ini untuk menutupi kelemaHan kerajaan pimpinannya.
“Bagi saya, jika benar kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR ini benar-benar berjuang untuk rakyat, sepatutnya mereka dahulukan pembinaan rumah kos rendah ini untuk rakyat miskin di negeri ini dan bukannya mendahulukan perkara-perkara lain yang ada kepentingan untuk survival politik mereka,” ujarnya.

Bagaimaana pun menurut beliau sudah menjangkakan bahawa kerajaan negeri akan mengumumkan sesuatu berkenaan isu rumah kos rendah ini apabila PRU sudah hampir menjelang tiba tidak lama lagi.

“Ini semua bagi saya satu kenyataan politik untuk memancing undi rakyat. Kononnya, kini kerajaan negeri sedang bergerak ke arah itu untuk menyelesaikan segala janji-janji mereka untuk membina rumah kos rendah tersebut. Padahal, mereka boleh dahulukan pembinaan rumah kos rendah ini sejak dari awal mereka memegang pentadbiran negeri, namun tidak pun mereka lakukan,” jelasnya.

Beliau menyeru agar rakyat Selangor supaya tidak terus tertipu dengan helah dan muslihat politik kerajaan PKR yang cuba membodoh dan memperbudak-budakkan rakyat di negeri ini.

“Ketika BN memerintah dulu, kita akan kenakan syarat kepada setiap pemaju perumahan untuk bina beberapa lot rumah kos rendah di dalam setiap projek perumahan mereka itu. Itu adalah syarat yang diberikan oleh kerajaan BN kerana kami mahukan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor, mampu untuk memiliki rumah yang selesa untuk tempat tinggal mereka.

“Namun, saya tak pasti, apakah prosedur kerajaan Selangor hari ini dalam perkara ini,” katanya lagi.

Sumber: MalaysianView via Sahabat Gunung

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®