Tuesday, 6 November 2012

"FATWA" & TAFSIRAN AL-QURAN NURUL IZZAH?

-"MUSLIMAH" INI BAGAIKAN MENGADAI AGAMA ISLAM YANG DIANUTINYA SENDIRI KERANA SANGGUP MENG"SPIN"KAN AYAT AL-QURAN MENERUSI "FATWA-FATWA"NYA, SEMUANYA INI DIPERCAYAI UNTUK MEMBODEK DAP SERTA MEMANCING PENGUNDI BUKAN ISLAM..MAHZAB MANA LE KO BELAJAR NI NUROOL!!! KEKEKE!!-
Anak anugerah tuhan PKR menggunakan ayat quran sebagai dalil kebebasan beragama.
 
Nak murtad boleh sebab dalam Islam tiada paksaan.
 
Setelah didedahkan oleh Malaysiakini haprak pakatan salahkan pula Utusan.
 
Nurul Izzah yang mendapat didikan pluralisme dan liberalisme dari Anwar turut menggunakan skill yang diajar oleh Nik Aziz, Hadi dan para pemimpin PAS lain.
 
Masakan tidak apabila isu ini menjadi panas Nurul bertaichi katanya kenyataan beliau tidak ada yang salahnya.
 
Kenyataan terbaru, Nurul Izzah pertahankan kenyataannya dengan dalil sepotong ayat suci quran maka halal untuk Melayu keluar dari Islam jika tidak lagi mempercayai atau menganut agama itu.

“Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

Izzah melalui kenyataan medianya berkata beliau berkata demikian merujuk kepada sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud, tiada paksaan dalam agama Islam. 

“Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.”
 
Jawapan saya menegaskan ungkapan - 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)....' - daripada ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.”

Sepotong ayat beb..maksudnya sekerat sekerat...dia tak habiskan ayat tu sebab memang ini skill taichi yang diajar oleh PAS dan Anwar.
 
bapak borek anak rintik
 
Nurul tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Apabila penganut pluralisme dan liberal di hentak,ibarat cubit paha kiri yang kanan pun terasa juga maka Khalid  Samad pemimpin Anwarinas PAS  mula pertikaikan Melayu sama ada Islam baka atau tidak.
 
Dalilnya menghalalkan kenyataan Nurul Izzah dengan persoalkan kepercayaan bangsa melayu terhadap agama Islam.
 
Akhirnya melayu juga jadi mangsa... apa macam bagus tak spin haprak pakatan...
 
Pisau kata “baca sini”
 
Sumber: Pisau.Net
 
 
PS: Bebanyaklah beristifar dan mengucap, dunia ini hanya sementara, seburuk-buruk manusia adalah mereka yang bersekongkol dan bersama dengan kafir menganiayi saudara Islamnya sendiri.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®