Friday, 23 November 2012

KETUA AMK SARAWAK "MENASIHATI" UnReportedNews™®?

-TERSENYUM AKU TADI BILA TAHU PKR SARAWAK TERMASUK KETUA AMK NEGERI RUPANYER "FOLLOW" BLOG COKIA MACAM BLOG AKU NIH!! TERIMAKASIH PKR SARAWAK!! KEKEKE!!!-
SMILE..YOU'RE IN THE UnReportedNews™®
Ni dier cerita seperti mana yang aku janjikan dalam posting aku yang sebelum ini..
 
Siang tadi, aku, sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa program "Free Gaza Free Palestine" yang dilantik telah membantu program tersebut di Masjid Jameq, Petra Jaya Kuching Sarawak selapas solat Jumaat.
 
Didalam kesibukan tersebut, tiba-tiba kelibat ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari yang berdiri di sebelah Bendahari AMK Sarawak Arip Ameran melambai kepada aku, so secara gentlemen aku menghampiri mereka.
 
Tanpa memperkenalkan diri, mereka bertanya samaada aku adalah penulis blog UnReportedNews™® so aku mengiyakan (Alaaa...dah terang-terang muka aku kat dalam blog ni..Mengapa? Tak percaya ker?)
 
"You tulis blog tu kan? What's your problem about penceramah PKR di Pustaka Negeri Sarawak?," (klik sini, sini dan sini) itu soalan pertama Nazib kepada aku dan terus mengambil gambar muka aku dengan talipon bimbitnya. (nak saiko lah tu...aku sempat senyum, betul tak Tuan Nazib?)
 
Aku cuba menerangkan; Pustaka Negeri Sarawak itu di bawah naungan Kerajaan Negeri so memanglah agak "janggal" sekiranya penceramah pembangkang yang memberi ceramah pada sesuatu majlis kelolaan mereka. (Betul tak Tuan Nazib?)
 
"Aihh..you mesti paham itu ceramah ilmiah bukannya ceramah politik, you kena bezakan ilmiah dan politik..bla, bla, bla..jangan nak mengfitnah orang (Arip), attack secara personal...bla, bla, bla..memanggil orang dengan nama Si Tangganglah...bla, bla, bla," jawab Nazib. (Betul tak Tuan Nazib?)
 
"Kita ni (BN dan PKR) tengah "berperang".." belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku dipotong oleh Nazib yang berkata, "Itu lah mentaliti orang Sarawak ni, tak macam di Semenanjung..bla,bla, bla." (Betul tak Tuan Nazib?)
 
"You tahu tak di Astro dan Awani, mereka juga menjemput pembangkang sebagai penceramah...bla,bla, bla," tambahnya lagi. (Betul tak Tuan Nazib?)
 
Dipendekkan cerita, pastu aku hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar. (Betul tak Tuan Nazib?) Hanya kerana dua sebab; satu- Bukannya kapasiti aku nak berdebat dengan mereka berdua (Peguam beb!! Aku hanya blogger jalanan) dan dua-Aku percayai  perbualan kami sedang di rakamkan!!
 
Tuan Nazib tentu sudah maklum sendiri di mana ceramah AGAMA (apatah lagi ceramah umum seperti yang CUBA di anjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak tu) di negeri-negeri taklukan pembangkang cenderung menyelitkan sentimen-sentimen politik kan?
 
Jadi sebelum benda yang sama TERjadi di sini, sebab itulah aku dan rakan-rakan aku cuba memperbetulkan apa yang kami rasa tidak betul untuk mengelakkan ianya terjadi.
 
Mengenai fitnah pula, Tuan Nazib sememangnya pernah membaca isu SCORPENE, ALTANYUYA dan pelbagai lagi fitnah yang di cipta oleh blogger-blogger pembangkang di Semenanjung kan. Alhamdullillah kami mempunyai mentaliti yang tidak sama seperti mereka sebagaimana yang Tuan Nazib nyatakan..kalau tidak..entah apa yang terjadi.
 
Memanggil nama (Tanggang)? Bukan aku yang cakap, orang-orang di Kampung Sambir yang cakap!!
 
Tuan Nazib, seorang yang berpendidikan tinggi seharus juga dapat membezakan di antara Astro atau Awani iaitu pihak swasta sementara Pustaka Negeri Sarawak adalah sebaliknya.
 
Jadi sebelum nak "menasihati" aku lain kali, fikir-fikirkan dulu apa yang nak di cakap ye..Salam and peace...
 
PS: Menurut sumber, ceramah tersebut, biarpun telah di gantikan dengan penceramah lain telah di batalkan kerana di beritahu sekumpulan AMK Sarawak telah merancang untuk pergi ke Pustaka Negeri Sarawak walaupun telah dimaklumkan penceramah PKR telah di tukarkan. (Betul tak Tuan Nazib?)

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Terbaek bro.. Itu tandanya dorang dah gerun dengan pendedahan yang bro buat di blog ni.. UnreportedNews memang mantap!!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®