Sunday, 29 April 2012

PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG NI BERLAKON ATAU BETUL-BETUL BANGANG?

-MENYALAHKAN POLIS DALAM KEGANASAN BERSIH 3.0 DIDATARAN MERDEKA BARU-BARU INI ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SERTA INGIN “LEPAS TANGAN” PEMBANGKANG YAKNI PENGANJUR PERHIMPUNAN TERSEBUT. BIARPUN MENYEDARI BAKAL RISIKO YANG DIHADAPI JIKA BERSIH 3.0 DITERUSKAN JUA DIDATARAN MERDEKA, MEREKA TETAP BERDEGIL SEOLAH MENGUNDANG & BERHARAP ADA “PERISTIWA BERDARAH” BERLAKU!-

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam dengan bongkak secara terus mempersalahkan pihak polis dalam insiden keganasan itu dengan alasan; polis “tidak professional” mengendali peserta-peserta perhimpunan tersebut.

“Mereka (polis) menembak gas pemedih mata tanpa amaran, mereka memukul bukan saja orang awam tetapi wartawan juga tidak lepas dari keganasan mereka maka itu, mereka harus bertanggungjawab,” spin Guan lagi.

Dalang sebenar Perhimpunan Bersih merangkap juga salah seorang dari tali barut paling kanan Anwar Ibrahim iaitu Ambiga Sreenevasan dalam satu sidang akhbar sebentar tadi dengan “muka selambanya” meminta maaf di atas keganasan yang telah berlaku sepanjang perhimpunan Bersihnya.


“Saya menyokong penuh sebarang tindakan undang-undang yang di ambil ke atas mana-mana peserta Bersih yang bertindak di luar batasan atau menyalahi undang-undang yang sedia ada,” kelentongnya lagi.

“Kami akui memang terdapat segolongan peserta Bersih telah mencerobohi kawasan larangan. Ini memang tidak kami galakkan namun mereka bertindak di luar kawalan kami walaubagaimanapun kami berharap pihak polis akan menyiasat perkara ini,” goreng Ambiga lagi tanpa mengedipkan matanya seolah ingin mengambarkan keikhlasannya autanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz ketika di temui pemberita siang tadi memberi kenyataan yang boleh dikatakan “separa-bangang” dan betul-betul mengetukkan kepalanya sendiri (mohon maaf) dengan mengakui yang dia telah membiayai perbelanjaan segolongan peserta dalam perhimpunan ganas itu.

“Ya, memang, saya mengeluarkan wang saya sendiri untuk mereka yang turut serta dalam perhimpunan Bersih. Wang itu untuk perbelanjaan mereka untuk pergi ke sana (Kuala Lumpur), ada juga (di antara mereka) yang datang mintak wang itu dari saya,” kata Nik Aziz secara lurus bendul sekali.

Ketiga-tiga individu di atas adalah pemimpim-pemimpin tertinggi parti pembangkang dan juga ketua pertubuhan yang kononnya “elite” dan “untouchable” dan walaupun kenyataan-kenyataan mereka berlainan “sudut atau angle” terdapat satu persamaan iaitu ketiga-tiga mereka bersifat “denial atau dalam penafian” seperti kanak-kanak kecil yang tidak merasai sedikit pun kesalan, bersalah mahupun rasa bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Guan Eng dan DAP telah di beri amaran atas sebarang risiko atau kemungkinan berlaku dalam Bersih 3.0 bukan saja dari pihak kerajaan malah dari naib pengerusi DAP sendiri iaitu Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim namun dia dan DAP sebaliknya, buat tak tahu sahaja dan meneruskan penglibatan mereka.

Jadi janganlah cuba nak buat-buat “innocent” dan menyalahkan polis dalam perkara ini pulak dan Guan Eng janganlah bersikap terlalu malas namun dia sepatutnya mengambil sedikit initiatif untuk membuka matanya dengan lebar sedikit untuk melihat video-video yang dirakam sepanjang keganasan Bersih.

Nyata sekali yang bertindak ganas dan “over-over” itu adalah peserta Bersih yang juga turut memukul wartawan akhbar “Sun” bukannya pihak polis seperti yang di dakwa Ketua Menteri yang seperti lupa daratan yang beliau juga pernah meminta khidmat polis ketika menghadapi situasi kekecohan di Pulau Pinang dulu, bukannya si Ambiga, si Anwar mahupun Nik Aziz!

Manusia yang bernama Ambiga itu, seharus menyedari yang “no one is above the law” kerana dia sendiri seorang peguam dan nyata pihak polis telah memberi amaran secukupnya serta pilihan tapak perhimpunan namun balaci Anwar Ibrahim ini berdegil untuk memilih tempat awam yang luas dan terbuka di mana pihak berkuasa agak sukar untuk mengawal keselamatan orang awam dan harta benda.

Ya, majoriti rakyat Malaysia betul-betul berharap agar kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya ke atas mereka yang bertindak ganas menyalahi undang-undang dalam perhimpunan tersebut terutamanya termasuk penganjur Bersih iaitu si Ambiga kerana tidak mengendahkan amaran polis sebelum itu.

Sementara itu, yang paling malang adalah Nik Aziz kerana di antara sedar atau tidak dan mungkin juga kerana kenyanyukannya (mohon maaf lagi), beliau secara terbuka mengakui membiayai kewangan peserta-peserta yang terlibat dalam perhimpunan ganas itu.


Ustaz saya pernah menyatakan, sekiranya kita memberi bantuan kepada mereka yang dalam perjalanan untuk membuat kejahatan maka para malaikat melihat seolah-olah kita sendiri bersama mereka yang melakukan kejahatan itu..Allahwuallam.

Kepada abang-abang polis yang telah mempertahankan kedaulatan undang-undang negara sewaktu perhimpunan Bersih itu dengan berani tanpa memperdulikan keselamatan diri sendiri sehingga ada yang cedera parah, saya yakin majoriti rakyat Malaysia menghargai pengorbanan anda semua..teruskan perjuangan anda semua.

-UnReportedNews™®

PS: Kalo melibatkan polis dan wartawan ni aku agak sensitif sikit, sorry ya. :)

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®