Monday, 30 April 2012

ANWAR IBRAHIM KANTOI MEMBERI ISYARAT MEMULAKAN KEGANASAN BERSIH

-RAKAMAN VIDEO AMATUR YANG DITAYANGKAN DI BULETIN UTAMA TV3 SEBENTAR TADI JELAS MEMBUKTIKAN RUSUHAN & KEGANASAN PADA PERHIMPUNAN BERSIH ITU SEBENARNYA TELAH DIRANCANG SECARA TERPERINCI OLEH BANG ANU & KUNCU-KUNCUNYA UNTUK MEYEMARAKKAN AMARAH RAKYAT UNTUK BANGKIT MENENTANG KERAJAAN NAMUN JUMLAH PESERTA BERSIH YANG JAUH TERLALU RENDAH DARI APA YANG TELAH DIJANGKA SEBELUM INI ADALAH BUKTI MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MENOLAK BANG ANU KERANA MEREKA TIDAKLAH SEDUNGU GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN TERSEBUT-

Anwar Ibrahim "terkantoi' dirakam dalam klip video dengan jelas sekali memberi isyarat tangan kepada balacinya paling ketatnya Azmin Ali seolah memberi arahan untuk mula bertindak ganas yang kemudiannya menjurus pada titik permulaan insiden rusuhan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari. 

Azmin yang lebih dikenali dengan nama timangannya "Bapak Ayam" (sesuai betul dengan perkhidmatan "service" termasuk bab-bab berkaitan "makan aiskrim" Bang Anu juga dikatakan disediakannya oleh isterinya, Shamsidar Tahrin yang didakwa secara terbuka oleh bekas sahabat baiknya Datuk Nallakarupan mempunyai "hubungan sulit yang agak luarbiasa" dengan Bang Anu kerana kononnya mendapat "restu" Azmin sendiri) kelihatan bertanya kepada Bang Anu seolah untuk mendapat kepastian.

Sekali lagi Bang Anu jelas kelihatan memberi isyarat dengan mengoyangkan tangannya untuk memulakan "rancangan jahat" mereka yang mengambil kesempatan untuk merusuh dalam perhimpunan tersebut dengan niat untuk mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Sejurus selepas itu, peserta-peserta Bersih 3.0 bagaikan secara automatik berperangai bagaikan "beruk mabuk termakan belacan" merosakkan apa saja objek dan harta orang awam di sekitar Dataran Merdeka itu termasuk memusnahkan kenderaan polis serta menyerang anggota polis dan juga wartawan yang bertugas di sana pada hari itu.

Anwar ibrahim tidak boleh lagi menafikan yang dia tidak ada kaitan langsung dalam kejadian rusuhan itu sebab rakaman itu membuktikan dia lah sebenarnya bapak dalang dan juga dajal yang  telah merancang segalan keganasan dan kemusnahan dalam rusuhan itu!!



-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®