Wednesday, 23 November 2011

PM-SKUAD "CYBER-TROOPER" MENJADI "BONUS PENILAIAN" PRESTASI AHLI PARLIMEN

-NAJIB-Squad Pahlawan-Maya memberi "bonus penilaian" kepada Ahli-ahli Parlimen-

PERDANA Menteri Datuk Sri Haji Najib Tun Razak menyatakan walaupun ianya tidak menjadi satu kemestian bagi setiap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mempunyai skuad "Cyber-Trooper" masing-masing, tapi sekiranya ada, ia akan menjadi satu "bonus' untuk laporan penilaian mereka.
"Dengan trend terkini yang diamalkan oleh pihak pembangkang dengan "menyerang" pemimpin-pemimpin BN melalui artikel-artikel yang berbaur "fitnah yang tidak berasa", serangan pribadi, memanupulasikan fakta" yang boleh mengelirukan masyarakat menerusi laman maya, hanya satu cara bagi kita (BN) untuk mempertahan serta membela diri kita sendiri dari "serangan-siber" pembangkang mempersiapkan diri dengan pahlawan-pahlawan maya."

Najib berkata demikian dalam ucapannya dihadapan hampir 2,000 blogger pro-BN dari seluruh Malaysia, termasuk Sarawak yang menghadiri Konvensyen Media Social 1Malaysia yang diadakan baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

“Squad Pahlawan-Maya dapat memberi respon yang pantas terhadap mana-mana isu yang "dimainkan" dalam laman-maya oleh pembangkang ke atas mana-mana pemimpin BN yang di sasarkan dan "Cyber-Trooper" BN juga boleh memberi penerangan yang labih mendalam kepada pihak masyarakat tentang keadaan sebenar isu atau tuduhan-tuduhan yang di lemparkan."

Kamu semua adalah  Pahlawan-Maya BN yang menjadi benteng hadapan utama


"Pemimpin-pemimpin BN sendiri patut melangkah seiring dengan generasi muda yang nyata lebih cenderung berhubungan menerusi laman-laman maya, mereka seharusnya mempersiapkan diri dengan squad "Cyber-Trooper" masing-masing terutamanya untuk menyampai maklumat sehingga ke akar umbi," kata Najib memberi peringatan.

"HANYA SATU CARA SAHAJA BAGI KITA MEMPERTAHANKAN DIRI KITA  DARI "SERANGAN-SIBER" PEMBANGKANG IAITU DENGAN MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN PAHLAWAN-PAHLAWAN SIBER KITA"


-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Salam , pengamal media penyokong kerajaan harus bersatu bagi menjelaskan pembangunan yang telah dan sedang dijalankan kerajaan pemerintah.

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan kembali, saya amat bersetuju dengan saranan alehkayong™, kejatuhan negara-negara yang jauh lebih maju dari Sarawak & Malaysia amnya kerana perpecahan dalam kerajaan mereka seharusnya kita jadikan contoh & iktibar agar ianya tidak berlaku ke atas kita, kurangkan berpolitik & tumpukan perhatian kepada pembangunan & kebajikan rakyat. wasalam. :)

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®